Graduan 'first class' UUM hidap kanser tak dapat hadir konvo, terharu pensyarah datang rumah sarung jubah, selempang emas


  • Cinta
  • Khamis, 13 Nov 2025

Pelajar tersebut tidak pasti sama ada boleh menghadiri majlis konvokesyen kerana perlu menjalani rawatan. — TikTok/@1653789

SEORANG gadis juga penghidap kanser menzahirkan rasa terharu apabila para pensyarah beliau hadir ke rumah bagi menyarungkan jubah konvokesyen dan selempang emas.

Menerusi hantaran video di TikToknya, mahasiswa jurusan kerja sosial di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, awalnya tidak pasti sama ada mampu menghadiri majlis konvokesyen berikutan sedang menjalani rawatan.

BACA LAGI: Tingkatkan ilmu, belajar cintai diri agar rumah tangga dibina terus harmoni, bahagia — Dr. Muhaya

BACA LAGI: 'Bertuahnya Piya', ibu terharu anak dapat kasih sayang, perhatian penuh ayah kandung, bapa tiri

"Saya tidak pasti boleh hadir ke konvokesyen kerana rawatan, tetapi pensyarah tetap datang menyokong dan memberi semangat," tulisnya yang tidak menyatakan jenis kanser dihidapi.

Video tersebut memaparkan beberapa pensyarah membantu beliau memakai jubah konvokesyen dan selempang emas lengkap dengan mortar board.

Difahamkan, selempang emas itu diberikan khusus kepada graduan kelas pertama sebagai pengiktirafan pencapaian akademik cemerlang.

Selepas sesi pemakaian, mereka mengambil gambar bersama sambil memegang fail konvokesyen yang diterima graduan semasa majlis rasmi.

Detik itu turut mendapat perhatian warga maya yang rata-rata daripada mereka meninggalkan komen memberi sokongan dan semangat kepada beliau.

"Tahniah! Semoga ALLAH memberi kesembuhan kepada awak. Terus kuat ya," kata @pitsolenyra.

"Tahniah! Saya sangat bangga dengan awak. Semoga Allah memulihkan awak dengan cepat. Jaga diri!" ujar @azureen.hadihalim.

"Awak memang wanita hebat dan bijak. Tahniah si cantik sayang. Semoga segala urusan dipermudahkan," komen @lianasyafinaa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram