ACARA Fashionably Modest Asia 2025 yang berlangsung pada Selasa lalu di Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur menjadi tumpuan apabila wanita Gen Z mempamerkan #OOTD mereka yang minimalis namun bergaya.
Pilihan potongan longgar dan rekaan santai menonjolkan gaya sopan yang praktikal untuk aktiviti harian.
Atena Maisarah, Nurin Syazwani, Amira Arif, dan Hadamira Rozman antara tetamu yang mencuri perhatian dengan penampilan elegan tersendiri.
BACA LAGI: Tingkatkan ilmu, belajar cintai diri agar rumah tangga dibina terus harmoni, bahagia — Dr. Muhaya
Kreativiti mereka terserlah apabila Atena dan Hadamira menggabungkan pakaian peribadi dengan koleksi kakak masing-masing, menjadikan gaya lebih unik dan peribadi.
Jenama seperti H&M, Zara, Uniqlo, Briks dan Ariana menjadi antara pilihan mereka yang membuktikan fesyen bergaya boleh dicapai dengan bajet sederhana.
Setiap #OOTD dilengkapi aksesori dan pemilihan warna yang bijak menjadikan gaya minimalis bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga menonjol.
Trend ini jelas menunjukkan bahawa fesyen modest bukan sekadar sopan, tetapi juga medium ekspresi diri bagi generasi muda yang kreatif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
