'Letak pasangan di tempat sepatutnya, rezeki terus melimpah', isteri berhenti kerja supaya suami boleh jalankan tanggungjawab penuh sebagai ketua keluarga


  • Cinta
  • Jumaat, 14 Nov 2025

Niat baik untuk meringankan beban suami kadang-kala boleh membuatkan pasangan berasa tidak bertanggungjawab. — Gambar hiasan/Janaan AI

PEMBAHAGIAN tanggungjawab antara suami dan isteri menjadi faktor utama dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian rumah tangga.

Islam menuntut suami untuk menunaikan tanggungjawab nafkah dan memastikan kesejahteraan keluarga.

Pada awal perkahwinan, kebiasaannya suami belum mampu menanggung semua kos keluarga, menyebabkan isteri mengambil inisiatif bagi meringankan bebannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak selesa klip rambut sakitkan kepala, Elena cipta aksesori fleksibel pertama di dunia, bakal 'ship' ke Malaysia

BACA LAGI: Rambut ibu gugur lepas bersalin, ada kaitan dengan bayi tumbuh gigi?

Namun, niat baik isteri untuk meringankan beban suami kadang-kala boleh membuatkan suami berasa kurang dihargai atau tertekan.

Menerusi hantaran di Threads, seorang wanita mendedahkan bahawa pada awal perkahwinan, beliau menanggung sebahagian besar kos keluarga sehingga suaminya mula berasa tidak berharga.

"Saya punya terlalu nak ringankan beban suami tanpa menyedari yang sebenarnya dia rasa seperti tidak berguna," tulisnya.

Beliau berkata, sepanjang awal perkahwinan, setiap bulan beliau menanggung pembelian barangan runcit, manakala semua kelengkapan bayi dibelinya sendiri ketika hamil.

Perubahan berlaku apabila doktor mengesahkan kandungannya berisiko dan suaminya meminta beliau menilai semula kerjaya demi keselamatan bayi.

Wanita itu mendedahkan bahawa beliau mengambil masa dua tahun untuk benar-benar memahami perasaan suaminya.

"Saya ambil masa dua tahun untuk sedar perasaan suami. Itu pun selepas saya mengaku bahawa saya sudah mula rasa hambar," katanya sambal mengimbau Kembali detik tersebut.

"Saya ingat lagi dia berkata, ‘Izinkan sayang galas tanggungjawab sebagai suami yang sebenar. Soal nafkah, jangan fikir.

"Sayang hanya perlu beri sokongan mental. Saya mahu bersama sayang hingga ke syurga, biarkan saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai suami," kongsinya.

Sejak itu, pasangan berkenaan mengekalkan pembahagian peranan yang jelas yang mana wanita menumpukan perhatian kepada pengurusan rumah tangga, manakala suami fokus meningkatkan pendapatan keluarga.

Simpati dengan suaminya yang terpaksa ‘kedekut’ dengan diri sendiri, beliau menggunakan pendapatan sampingan bagi membeli barangan sebagai ganjaran kepada suami dan menambah simpanan anak.

"Saya fokus pada hal rumah tangga, suami fokus berusaha dan menambah pendapatan. Apa sahaja yang saya hasilkan dari kerja sampingan, saya gunakan untuk reward suami dan masuk simpanan anak.

"Suami saya dah berhabis untuk keluarga, sampai dia kedekut dengan diri sendiri," ujarnya mengakui pengalaman itu mengajarnya meletakkan pasangan di tempat yang sepatutnya dalam rumah tangga membawa perubahan besar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram