SELAIN kasih sayang dan kepercayaan, kerjasama merupakan asas paling penting dalam membina sebuah keluarga bahagia.
Setiap perkara dari menyediakan keperluan harian, mencari rezeki sehingga menguruskan anak perlulah dilakukan bersama.
Sama seperti pasangan suami isteri di Indonesia yang tular selepas memuat naik videonya di media sosial baru-baru ini.
Video dikongsikan si suami di Instagram @Babahkeren itu, sekali gus membuka mata ramai tentang erti sebenar kerjasama terutama dalam menguruskan keperluan anak.
Dalam video sama, beliau sedang bersiap untuk mengambil stok susu badan di tempat kerja isterinya.
"Ambil susu dulu untuk Ranayya (anak perempuan) sebab stoknya sudah habis," katanya sebelum bergegas meredah hujan dengan menunggang motosikal.
Lebih menyentuh hati apabila melihat perjuangan si isteri mengumpulkan susu badan meskipun sedang bekerja demi anak kecil mereka.
Wanita tersebut kemudiannya dilihat segera memasukkan beberapa botol sudah dipenuhi susu ke dalam bekas yang dibawa suaminya.
Tindakan pasangan tersebut turut mendapat pujian ramai pengguna media sosial kerana menunjukkan contoh kerjasama dan kesefahaman dalam keluarga moden.
Rata-ratanya juga menggambarkan bahawa tanggungjawab menjaga anak bukan hanya terletak di bahu ibu semata-mata.
Berdasarkan beberapa video lain di akaun tersebut, lelaki berkenaan difahamkan sanggup mengambil alih tugas si isteri untuk menjaga anak dan menguruskan rumah sepenuh masa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
