Dulu dianggap simbol pengaruh Barat, kini Barbie antara koleksi mainan klasik jadi tarikan di Muzium Permainan Tehran


  • Bonda
  • Khamis, 13 Nov 2025

Walaupun pernah dilarang di Iran, Barbie antara tarikan utama dalam koleksi muzium permainan Tehran. — Agensi

DAHULU dilarang di Iran, Barbie kini menjadi salah satu tarikan utama di Muzium Permainan Tehran, Iran.

Muzium tersebut menempatkan lebih 2,000 mainan dari pelbagai era bermula zaman purba Persia hingga permainan moden dari Soviet Russia dan Amerika Syarikat.

Ia sekali gus membangkitkan nostalgia bagi pengunjung semua peringkat umur.

BACA LAGI: Ibarat ‘rumah kedua’, kemudahan RMH bantu meringankan beban keluarga pesakit kronik

BACA LAGI: Projek DIY ubah suai laman rumah jadi taman mini, tetap muat parkir kereta, motosikal

Dolls are displayed at a toy museum in the Iranian capital Tehran on October 26, 2025. (Photo by AFP)

Muzium itu mengumpulkan lebih 2,000 mainan dari pelbagai era. — Agensi

Pengasas Muzium dan Penyelidik Pendidikan Kanak-Kanak, Azadeh Bayat, 46, berkata, awalnya muzium itu dibuka untuk kanak-kanak dan remaja, tetapi kini ramai golongan dewasa kerap melawat.

"Dengan mengenali mainan zaman ibu bapa dan datuk nenek mereka, kanak-kanak dapat lebih memahami dunia generasi terdahulu," katanya.

Antara koleksi dipamerkan termasuk patung haiwan tanah liat dari Persia purba, patung kayu matryoshka berpakaian tradisional Rusia, kereta tin Soviet, konsol Atari dari 1980-an serta patung Barbie yang dahulu dilarang kerana dianggap simbol pengaruh Barat.

Populariti Barbie mendorong pihak berkuasa Iran mencipta patung 'Sara dan Dara' berpakaian sederhana sebagai versi tempatan pada awal tahun 2000-an.

Pengunjung yang datang berkongsi pengalaman nostalgik mereka.

Jurulatih kecergasan, Mehdi Fathi, 31, mengimbau pengalamannya bermain dengan kawan-kawan menggunakan mainan tersebut.

"Walaupun kanak-kanak sekarang mungkin menganggap patung itu ringkas, ia banyak membantu generasi saya membesar," ujarnya.

Di satu sudut, seorang pekerja muzium memperagakan cara kerja patung kayu “Ali Varjeh” atau “Ali the Jumper” yang bergerak dengan aksi lompat kepada sekumpulan pelajar sekolah.

Muzium berkenaan turut menganjurkan acara bertema watak Tintin, seorang wartawan muda dalam siri komik Belgium terkenal yang terkenal dengan pengembaraan dan anjing kesayangannya, Snowy, serta pertunjukan wayang kulit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram