Bayi lahir tanpa otak rai ulang tahun ke-20, doktor pernah jangka hayat hanya 4 tahun


  • Sihat
  • Selasa, 11 Nov 2025

Alex Simpson membuktikan bahawa kasih sayang dan kehadiran keluarga mampu mengatasi keterbatasan fizikal.

BAYI yang lahir tanpa hampir keseluruhan otaknya, Alex Simpson membuktikan bahawa kasih sayang dan kehadiran keluarga mampu mengatasi keterbatasan fizikal.

Alex dilahirkan dengan keadaan hidranensefali, di mana sebahagian besar otaknya tidak terbentuk. 

Pada awalnya, doktor meramalkan Alex tidak akan hidup melebihi empat tahun. 

BACA LAGI: Terkenang hati mulia ibu mentua selepas 6 tahun pergi, rajin bantu kerja rumah, nasihati suami bila berselisih, penuhi setiap 'craving' menantu

BACA LAGI: Kehilangan kaki semasa menyelam tak halang Nabilah kejar impian, tamatkan pengajian sarjana dengan keputusan cemerlang

Namun, ibu bapanya, Shawn dan Lorena tetap yakin anak mereka dapat hidup lebih lama dari perkiraan tersebut.

Baru-baru ini, bayi ajaib itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20. 

“Sekitar 20 tahun lalu, kami takut dengan apa yang mungkin berlaku, tetapi saya rasa imanlah yang membuat kami terus kuat. 

"Walaupun dia tidak dapat melihat atau mendengar, Alex masih boleh merasai kehadiran kami. Bila saya bercakap dengannya, dia sedang mencari saya,” kata Shawn. 

Lorena pula berasakan anaknya seorang pejuang.

Adik lelaki Alex yang berusia 14 tahun, SJ turut menyatakan kebanggaannya terhadap kakaknya. 

“Bila orang tanya tentang keluarga saya, hal pertama saya sebut adalah Alex, kakak saya yang istimewa,” katanya.

Hidranensefali adalah keadaan lahir yang jarang berlaku, di mana hemisfera depan otak bayi tidak terbentuk dan digantikan oleh cecair serebrospinal. 

Punca sebenar hidranensefali masih belum diketahui. Sesetengah saintis berpendapat ia berpunca daripada faktor genetik, penyumbatan arteri karotis, kecederaan sistem saraf semasa perkembangan awal, pendedahan ibu kepada bahan toksik, masalah peredaran darah janin atau jangkitan rahim pada peringkat awal kehamilan.

Tiada rawatan wujud untuk menyembuhkan keadaan ini. 

Menurut Cleveland Clinic, hidranensefali berlaku dalam satu daripada 5,000 hingga 10,000 kehamilan dan biasanya membawa maut dalam tahun pertama kehidupan. 

Namun, Alex membuktikan bahawa kasih sayang dan sokongan keluarga mampu menentang semua kemungkinan sehingga menjadi sumber inspirasi kepada ramai.  — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram