Ibu hamil perlu ambil tahu maksud, risiko warna pelekat pada buku 'pink' sebelum bersalin, jangan sambil lewa


  • Bonda
  • Ahad, 09 Nov 2025

Setiap warna selain putih membawa risiko berlainan kepada si ibu. — Gambar hiasan/Freepik, media sosial

SETIAP ibu hamil pasti menerima buku pink sebagai rekod kesihatan kehamilan.

Namun tahukah anda? Setiap pelekat yang berlainan warna tertera pada muka hadapan buku itu mengandungi maksud tersendiri?

Ia juga membawa makna penting berkaitan risiko bersalin.

BACA LAGI: 'Hancur hati tengok kaki berdarah', ibu reka 'kasut separuh' khas untuk anak kembar berlatih gimnastik berirama

BACA LAGI: [VIDEO] 'Congrats Sir dad', keluarga Beckham rai kejayaan David dikurnia gelaran 'Sir' oleh Raja Charles III

Para ibu hamil disarankan memeriksa pelekat buku pink mereka dan memahami maksud setiap kod. — Gambar hiasan/Freepik, Janaan AI

Memahami kod-kod tersebut dapat membantu ibu hamil merancang persiapan bersalin dengan lebih selamat.

Berikut adalah maksud-maksud dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang perlu anda tahu:

1. Putih - Tiada risiko

Ibu dengan pelekat putih dianggap berisiko rendah.

Anda boleh bersalin di mana-mana hospital termasuk hospital dalam daerah.

Pemantauan rutin akan dilakukan oleh jururawat sahaja.

2. Hijau - Berisiko

Warna hijau menandakan ibu hamil berdepan risiko.

Contohnya ibu pertama kali hamil, memiliki berat 80 kilogram (kg) pernah mengalami koyakan tahap tiga, menggunakan vacum, ada sejarah kelahiran secara caesarean (czer) atau asma.

Mereka masih boleh bersalin di hospital daerah, tetapi pemantauan jururawat dijalankan di bawah pengawasan doktor.

3. Kuning - Berisiko

Kuning pula bermaksud ibu tersebut menghidap diabetes yang menggunakan insulin, remaja dengan tekanan darah tinggi atau ibu tanpa nikah.

Berbeza dengan putih dan hijau, kuning memerlukan pemantauan doktor pakar obstetrik dan perubatan keluarga di hospital yang mempunyai fasiliti lengkap.

4. Merah - Berisiko tinggi

Merah menandakan ikut hamil berisiko tinggi. Contohnya ibu dengan sakit jantung atau kontraksi pramatang.

Mereka perlu dirujuk segera ke hospital rujukan dan dipantau oleh pakar obstetrik & ginekologi serta pakar perubatan keluarga.

Mengapa pemahaman kod pelekat membantu ibu hamil dan pasukan perubatan membuat keputusan tepat untuk keselamatan ibu dan bayi. Ia juga memudahkan komunikasi antara jururawat, doktor, dan hospital semasa bersalin.

Ibu hamil disarankan memeriksa pelekat buku pink mereka dan memahami maksud setiap kod.

Dengan persiapan rapi dan pemantauan yang betul, risiko komplikasi boleh dikurangkan dan proses bersalin lebih selamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram