Lapangan terbang ibarat 'runway' fesyen, turun dari pesawat dengan gaya penuh bersahaja


  • Gaya
  • Khamis, 06 Nov 2025

Ambil inspirasi daripada selebriti untuk gaya percutian yang selesa tetapi tetap bergaya sepanjang perjalanan. — Agensi

PERJALANAN jauh kadang-kadang tidak semestinya glamor. 

Dengan pembatalan penerbangan, barisan panjang pemeriksaan keselamatan dan membawa bagasi, sukar untuk rasa bergaya sepanjang masa. 

Namun, itu tidak bermakna penampilan anda tidak boleh tampil chic

Dengan musim cuti yang sibuk dan percutian musim sejuk semakin hampir, beberapa selebriti antarabangsa menjadi inspirasi untuk menampilkan idea pakaian travel wanita yang bergaya dan praktikal.

BACA LAGI: Dulu hobi lukis bendera dunia, kini anak 9 tahun pandai menipu akibat ketagihan Roblox

BACA LAGI: WAO seru semua pihak perangi 'manosfera' demi lindungi ruang digital untuk kaum wanita

Kot Trench 

Jika anda mahu kelihatan lebih sofistikated, jadikan Katie Holmes sebagai inspirasi. 

Dengan trench coat sebagai pakaian utama, beliau memadankan kemeja sutera di atas tank top, seluar slinky, ballet tapak rata dan rantai leher ringkas. 

Gaya ini kemas, selesa dan sesuai untuk perjalanan jauh.

Suai padan helaian asas

Gaya travel tidak perlu rumit. Amanda Seyfried menunjukkan gabungan pakaian yang mudah ditiru, iaitu jaket hitam, turtleneck yang mengikut bentuk badan dan jeans potongan flare yang santai. 

Lengkapkan dengan beg travel berkualiti dan kasut rata, penampilan ini sesuai untuk sepanjang perjalanan.

Set pakaian sukan

Kadang-kadang, seluar sweatpants sudah memadai. Sophie Turner memadankan hoodie berzip kelabu dengan sweatpants hitam lebar dan kasut Puma, selesa dari tepi jalan hingga pintu ketibaan.

Leggings

Seperti Lindsay Lohan, leggings tetap menjadi pilihan selesa di lapangan terbang, tetapi boleh dipadankan dengan pakaian asas klasik.

Padankan dengan kemeja berjalur di atas baju-T, kasut putih dan beg duffle kulit untuk gaya yang kemas dan praktikal.

Feminin dan praktikal

Untuk kelihatan kemas sebaik tiba, cuba gabungan feminin seperti Emma Watson. 

Knitted cardigan dipadankan di luar dress bunga membolehkan anda terus bersiar-siar walaupun bilik hotel belum sedia untuk check-in

Lengkapkan penampilan dengan tumit selesa, cermin mata hitam dan beg kulit besar.

Sweater berjalur 

Seperti Bella Hadid, dari teksi hingga ke kaunter check-in, sweater berjalur boleh menjadi pakaian utama ketika percutian. 

Padankan dengan jeans gelap, tali pinggang suede dan loafer. 

Beg tote berstruktur memastikan semua keperluan mudah dicapai, sementara kulit bertekstur croc menambah sentuhan mewah.

Set padanan untuk keselesaan maksimum

Jika mahu tidur semasa penerbangan antarabangsa, pilih set pakaian yang selesa. 

Rachel Brosnahan memadankan set knit padanan dengan kasut putih, topi klasik dan overcoat. Mudah tetapi tetap bergaya.

Serba hitam

Tidak perlu komplikan penampilan apabila travel sudah mencabar. 

Bintang Bollywood, Priyanka Chopra menunjukkan bahawa pakaian monokrom dan ringkas boleh menjadi pilihan bijak.

Pemilihan tank top ringkas dan seluar lebar longgar memberikan keselesaan tanpa menjejaskan gaya. 

Lengkapkan dengan cardigan kasmir panjang dan beg tote besar untuk perjalanan yang lebih praktikal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram