FESTIVAL Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung pada Sabtu menjadi pentas utama bagi menampilkan bakat filem tempatan sambil mempamerkan busana terbaik selebriti sepanjang mengatur langkah di karpet merah.
Acara tahunan itu bukan sahaja meraikan pencapaian dalam industri perfileman Malaysia, malah menjadi pentas untuk undangannya mengekspresikan gaya peribadi, kreativiti dan identiti fesyen masing-masing.
Berikut Majoriti senaraikan beberapa penampilan selebriti yang paling memikat di karpet merah FFM34:
BACA LAGI: 'Sebiji macam jaga bayi', anak mandikan ibu strok bagai jenazah, rela jaga selagi ada kudrat
BACA LAGI: Maldives 'happy place' Marion, keluarga, kenang momen majlis perkahwinan 15 tahun lalu
1. Amelia Henderson
Pelakon, Amelia Henderson memukau dengan gaun panjang merah jambu lembut potongan mermaid, rekaan Fiziwoo.
Detail drap dan lipatan bahagian dada dan pinggang menambah sentuhan feminin manakala rantai berlian besar menyuntik aura glamor.
2. Nabila Huda
Bagi pelakon, Nabila Huda, beliau tampil dengan gaya serba putih rekaan Afiq M.
Beliau mengenakan gaun strapless dipadankan dengan sheer cape yang dihiasi bintik-bintik halus dan hiasan bunga timbul untuk menambah perincian pada keseluruhan gaya.

3. Azira Shafinaz
Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz tampil berani dengan baju inner hitam yang dipadankan bersama blazer merah berstruktur sentuhan Rizman Ruzaini.
Hiasan berkilau di seluruh blazer dan floral hitam di bahagian tengahnya pula serta pad bahu menambahkan lagi seri gaya bold.
4. Shaza Bae
Pelakon yang juga juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae anggun dalam gaun satin coklat keemasan dengan skirt pleated, direka oleh Shanell Harun.
Bajunya memperlihatkan potongan scallop pada bahagian bawahnya yang dihiasi butiran manik berkilau.
Lengannya pula menampilkan motif seperti jaring dan hiasan mutiara.
5. Shila Amzah
Penyanyi, Shila Amzah pula memilih pereka Seth & Luna sebagai label yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan persalinannya.
Rekaan tersebut menampilkan baju hitam lengan panjang dan hijab sepadan, dipadankan dengan skirt maxi A-line bermotif geometrik monokrom.
Shoulder pad yang tegas di bahunya menekankan penampilan bold. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
