SELALUNYA, beg tangan mewah dilihat sangat serius. Namun, segelintir pereka jenama-jenama mewah berani tampil dengan rekaan unik dan menyeronokkan.
Daripada beg berbentuk ikan hingga beg yang diinspirasikan oleh dinosaur, rekaan unik dan menawan ini memecah tradisi beg mewah yang biasa.
Ia bukan sekadar aksesori, tetapi miliki karakter dan personaliti tersendiri.
BACA LAGI: Jangan sampai ‘mengemis’, pengantin moden letak kod QR atas meja tetamu, hilang tradisi salam 'kaut'
Berikut adalah beg jenama mewah dengan rekaan unik:

Faure Le Page Double Battle
Sama ada untuk hari biasa di pejabat atau percutian, Faure Le Page Double Battle adalah beg yang memenuhi semua keperluan anda.
Dengan rekaan yang boleh dilipat serta dua tali yang direka bijak, beg ini menawarkan empat cara unik untuk digayakan mengikut keperluan harian anda.
Pemakai boleh menggunakannya sebagai beg sandang yang luas untuk muat semua keperluan harian, atau dilipat menjadi beg tangan yang kompak dan bergaya.

Fendi Fish Bag
Fendi mencipta fenomena dengan Fish Bag yang berbentuk ikan. Dibuat daripada kulit nappa biru muda, kulit Cuoio Romano hitam dan gabungan kulit pelbagai warna, ia ditutup dengan tali cerut kulit hitam berperincian logo FF.
Beg ini sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan unik dan menarik perhatian.

Fendi Onigiri Bag
Beg berbentuk Onigiri ini memikat dengan rekaan kecil tapi penuh karakter.
Diperbuat daripada kulit biri-biri putih, ia dilengkapi tali bahu boleh laras dan boleh dicabut bagi membolehkan si pemakai memegangnya di tangan atau disandang.
Gaya minimalisnya diberi sentuhan nakal yang menyerlahkan personaliti.

Bottega Veneta Sardine Bag
Beg ini digemari ramai selebriti termasuk Rosie Huntington-Whiteley dan Kendall Jenner.
Dinamakan sardin kerana pemegang logamnya berbentuk ikan.
Beg ini mempunyai ruang yang luas, ringkas dan dilengkapi penutup magnet, sesuai untuk kelihatan chic sambil bergerak.

Louis Vuitton Vivienne Backpack
Bagi penggemar beg galas, Vivienne Backpack edisi Ski menarik perhatian dengan gabungan bulu biri-biri Merino dan denim berwarna 'Washed Jeans'.
Dihiasi maskot ikonik jenama dengan pakaian musim sejuk berinspirasi futuristik, beg ini praktikal dan tetap bergaya, sesuai untuk aktiviti harian atau keluar bersosial.

Koleksi Louis Vuitton x Murakami
Bagi penggemar beg unik dan mencuri perhatian, koleksi kerjasama Louis Vuitton bersama Takashi Murakami adalah pilihan utama.
Dengan pelbagai rekaan berwarna-warni dan menyeronokkan untuk dipilih, memang sukar untuk tentukan mana satu kegemaran.
Koleksi LV x Takashi Murakami memancarkan keceriaan dan menarik perhatian dengan setiap perincian unik pada setiap beg.
Sama ada koleksi Cherry Blossom klasik, Cherry Collection atau beg Capucines yang menonjol (terutamanya Mini Tentacle warna merah jambu lembut), kerjasama antara LV dan Takashi Murakami ini bukan sahaja cantik tetapi juga luar biasa dan unik.

Coach Rexy Bag
Bagi mereka yang mencari beg statement yang unik dan menyeronokkan, koleksi Rexy daripada Coach adalah pilihan tepat.
Beg ini dinamakan sempena maskot T-Rex ikonik jenama itu, Rexy dan direka sepenuhnya mengikut bentuk dinosaur tersebut.
Diperbuat daripada kanvas bersalut Signature jenama Coach, beg ini praktikal dengan penutup zip di bahagian atas dan biasanya dilengkapi tali panjang, membolehkan ia digayakan sebagai beg tangan atau beg silang badan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
