PINDAH rumah memang boleh bertukar jadi momen stres lebih-lebih lagi jika anda seorang penggemar fesyen yang memiliki koleksi barang saiz halus dan bernilai.
Perhiasan vintaj, sutera lembut, beg tangan mahal, karya seni rapuh dan koleksi kasut boleh cepat rosak jika tidak diurus dengan betul.
Oleh itu, untuk elak tekanan dan kerosakan, cara paling selamat adalah menggunakan khidmat agensi pindah barang yang profesional.

Simpan perhiasan halus dalam felt pouch agar tetap tersusun dan selamat semasa pindah rumah. — Gambar hiasan/Media sosial
Dengan menggunakan khidmat agensi yang profesional dan terbaik mereka boleh menguruskan semua barang dengan cepat dan teliti, dari TV besar hingga pakaian berlapis-lapis, menjadikan proses pindah rumah kelihatan mudah dan teratur.
Berikut adalah beberapa tip penting daripada pakar, Najah Ayoub, untuk menguruskan barang fesyen dan perhiasan semasa pindah rumah:
Lindungi perhiasan
Perhiasan bernilai dan sentimental sebaiknya dibawa sendiri pada hari pindah, bukannya dimasukkan dalam lori.
Gunakan kotak atau bekas khas untuk menyimpan perhiasan agar kekal tersusun dan tidak mudah tercampur.
Rantai boleh disimpan dalam pouch felt atau roll perhiasan, manakala cincin dan gelang sebaiknya diletakkan dalam kotak berbantalkan atau dulang velvet untuk mengelak calar.
Urus pakaian seperti stylist
Pakaian halus dan tekstil bernilai perlu dilipat dengan teliti, disimpan dalam beg yang baik peraliran udara atau digantung dalam kotak pakaian khas.
Bgai kasut pula sebaiknya simpan di dalam kotak asal atau kotak penyimpanan dengan pemisah supaya setiap pasang kekal tersusun dan tidak bercampur.
Beg plastik atau beg pakaian boleh digunakan untuk melindungi cashmere, sutera dan pakaian mahal lain.

Pastikan barangan cecair dibungkus rapi dalam beg zip kalis air untuk elak tumpahan semasa pindah rumah. — Gambar hiasan/Freepik
Elak tumpahan produk kecantikan
Pastikan semua penutup dan seal produk kecantikan terpasang dengan baik sebelum dibungkus.
Cecair disimpan dalam beg zip kalis tumpahan, diletakkan tegak dalam bekas yang kukuh dan botol kaca dibalut dengan bubble wrap atau tuala lembut.
Barang harian boleh dibawa dalam beg kecil supaya mudah dicapai. Elak meletakkan barangan elektronik berhampiran produk cecair dan pastikan kotak dilabel dengan jelas.
Pastikan bentuk dan keselamatan beg tangan
Beg tangan mahal perlu dibungkus dengan kertas pembungkus untuk mengekalkan bentuk asalnya.
Letakkan dalam beg debu asal atau sarung bantal lembut bagi mengelakkan calar.
Beg berstruktur pula sebaiknya disimpan tegak dalam kotak individu atau bekas plastik untuk sokongan tambahan.
Jangan lupa maklumkan kepada syarikat pindah tentang beg bernilai supaya perlindungan insurans dapat diatur dengan betul.
Sediakan kotak keperluan malam pertama
Bungkus barang keperluan untuk 24 hingga 48 jam pertama di rumah baharu, termasuk pakaian, barangan mandi, selimut, tuala, serta elektronik penting seperti laptop dan pengecas.
Dengan cara ini, anda boleh terus selesa walaupun barangan lain masih berada dalam kotak.
Dengan mengikuti tip ini, pindah rumah tidak lagi menakutkan. Barangan fesyen dan perhiasan anda sampai dengan selamat, tersusun dan tanpa stres.
Menggunakan khidmat profesional dan persiapan yang bijak menjadikan proses pindah rumah lebih mudah dan teratur. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
