Suami pulang kerja luah penat, isteri acuh tak acuh, terus henti mengadu hingga bercerai, lelaki juga perlu 'tempat selamat'


  • Cinta
  • Selasa, 04 Nov 2025

Lelaki bukan hanya perlu tempat meluah tetapi mencari ruang selamat tanpa dihukum. — Gambar hiasan/AI

SERING kali dilekatkan dengan label 'keras' dan 'kuat', lelaki dibentuk oleh masyarakat untuk sentiasa mempamerkan ketabahan.

Ia seolah-olah sebarang bentuk luahan emosi dan perasaan daripada seorang lelaki adalah tanda kelemahan.

Stereotaip itulah yang akhirnya menjadi tembok tebal menghalang kaum Adam daripada berkongsi bebanan jiwa dan penat lelah selepas ditanggung berseorangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengalaman jaga arwah ibu jadi 'kompas' bina rumah setingkat mesra keluarga, senang tolak kerusi roda

BACA LAGI: Konsep 'Zen Moden' inspirasi Rossa renovasi rumah, 6 bulan siapkan syurga peribadi lengkap surau, salun dan spa

Namun, di sebalik imej 'pendiam' dan 'membisu', ada satu sifat asas manusia yang hilang iaitu keperluan untuk meluahkan rasa tanpa dihakimi.

Perkongsian tular di media sosial baru-baru ini jelas merungkai dilema kejantanan emosi lelaki, sekali gus memberi isyarat bahawa diam tidak semestinya bermakna kuat, tetapi tiada ruang yang selamat.

Perkongsian ringkas oleh seorang pengguna Threads, Hakim Plantman, telah membuka mata ramai.

Beliau memuat naik satu dialog ringkas tentang situasi yang sering berlaku dalam hubungan:

"Why men don't tell stuffy (mostly) to woman:

Men: I feel tired

Woman: Habis, aku tak penat?"

Dialog itu walaupun ringkas ia berjaya menangkap intipati masalah komunikasi yang mana luahan penat dari pihak lelaki sering dibalas dengan perbandingan emosi dan bukan empati.

Tangkap layar perkongsian luahan hati di media sosial oleh seorang lelaki.

Komen susulan daripada seorang lelaki bernama Muhd Firdaus menjadi renungan lebih mendalam, memaparkan bagaimana ruang selamat mampu membentuk keputusan besar dalam hidup seseorang.

Muhd Firdaus berkongsi pengalaman peribadinya: "Saya pernah kahwin dua kali. Dulu dengan bekas isteri saya pernah balik mengadu penat, dia jawab macam itulah. Sampai bercerai saya tak mengadu dah."

Jawapan yang bersifat perbandingan itu bukan sahaja tidak membantu, malah memburukkan keadaan.

Akibatnya, luahan itu terhenti dan perasaan itu dipendam, yang merupakan resipi berbahaya untuk kemurungan serta tekanan dalam hubungan.

Namun, rezeki ALLAH hadir dengan isteri keduanya yang disifatkan sebagai 'isteri syurga'.

"Kahwin dengan isteri kedua tak perlu mengadu, dia sendiri nampak aku penat. Datang dekat dengan aku, senyum, cium pipi, bagi sirap limau ais. Lelaki takkan mengadu pada tempat yang dia rasa tak selamat."

Secara psikologi, apabila seorang lelaki meluahkan perasaan dan menerima reaksi yang menidakkan atau membandingkan, otaknya merekodkan pengalaman itu sebagai 'tidak selamat'.

Bagi lelaki, jika luahan itu tidak membawa kepada rasa lega, tetapi sebaliknya mengundang pertengkaran atau kerumitan, mereka akan memilih untuk berdiam diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram