Dulu bapa sanggup buat pemukul guna sisa kayu, kini bangga anak perempuan julang juara Piala Dunia Kriket Wanita


  • Bonda
  • Selasa, 04 Nov 2025

Kisah Amanjot Kaur (kanan) dan bapanya yang menyentuh hati ramai. — Agensi

DARI lorong kecil hingga ke pentas dunia, kisah atlet kriket India, Amanjot Kaur menjadi simbol perjuangan dan kasih sayang seorang ayah terhadap impian anaknya.

Di kediaman keluarga itu, suasana sarat dengan emosi apabila Bhupinder Singh menitiskan air mata menyaksikan detik bersejarah yang diukir Amanjot.

Penantian panjang berakhir apabila pasukan Amanjot muncul juara Piala Dunia ODI Wanita buat kali pertama selepas menewaskan Afrika Selatan pada Ahad lalu.

BACA LAGI: Sempoi berbaju Melayu, gelagat pak andam Megat Tan beli alat solek di Sephora curi perhatian

BACA LAGI: Jangan sampai ‘mengemis’, pengantin moden letak kod QR atas meja tetamu, hilang tradisi salam 'kaut'

Kemenangan sebanyak 52 kali di Navi Mumbai itu, sekali gus menamatkan kesedihan hampir lima dekad mereka.

Kejayaan tersebut turut membawa makna besar dalam keluarga Kaur dan menjadi ganjaran terhadap pengorbanan dan kesabaran mereka.

Mengenang kembali episod getir ketika memulakan langkah dalam sukan kriket, bapanya menjadi individu utama dalam menyokong usaha beliau.

Hanya bekerja sebagai tukang kayu, Bhupinder sememangnya tidak mampu menahan sebak apabila melihat perjuangan anak perempuannya mengharumkan nama negara.

Bercerita lanjut, katanya, waktu kecil Amanjot sering dihalang untuk memukul bola kerana tidak mempunyai kayu pemukul sendiri.

Bhupinder lantas menghasilkan sebatang kayu pemukul sendiri di bengkel dengan menggunakan sisa kayu dalam tempoh semalaman.

"Dahulu, ramai mengejek saya kerana biarkan anak perempuan bermain kriket.

"Tetapi hari ini, dia buktikan semuanya berbaloi," jelasnya.

Di sebalik kegembiraan itu, keluarga itu turut diuji apabila nenek Amanjot yang berusia 75 tahun mengalami serangan jantung ketika kejohanan berlangsung.

Tidak mahu Amanjot hilang fokus, keluarganya mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut sehingga perlawanan selesai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram