[VIDEO] 'Saya doa jadi muslimah yang baik, minta ALLAH buat saya takut', mimpi syurga dan neraka dorong Kilafairy berubah


  • Sukses
  • Jumaat, 31 Okt 2025

Kilafairy mengakui dirinya pernah bermimpi melihat neraka dan syurga, pengalaman yang menjadi titik hidayah untuk berubah dan berhijab.

PELAKON dan penyanyi, Kilafairy berkongsi kisah peribadi yang menyentuh hati apabila mengakui dirinya pernah bermimpi melihat neraka dan syurga, pengalaman yang menjadi titik hidayah untuk berubah dan berhijab.

Dalam satu episod podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson, Kilafairy berkata, dia sebelum ini tidak pernah percaya akan kisah orang yang mendakwa mendapat 'mimpi petunjuk'.

“Saya tak pernah bercakap tentang ini, jadi kat sini saya cerita sikit lah. Saya tak pernah percaya bila orang cakap, dia dapat mimpi. Tapi bila saya sendiri alami, saya malu nak cerita pada orang,” katanya dalam podcast itu.

BACA LAGI: Kuku tukar biru, hilang deria rasa, wanita nyaris maut gara-gara makan cendawan enoki, ini penjelasan pakar

BACA LAGI: [VIDEO] Penuntut wanita diejek kerana nama ‘Happi Sleepi’, abang pula Jelli-Bean, ada sebab bapa pilih gelaran unik

Menurut Kilafairy, mimpi berkenaan diperoleh selepas bertahun-tahun dia berdoa agar diberikan hidayah dan kekuatan untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

“Doa saya selalu, Ya ALLAH, saya ingin jadi muslimah yang baik. Tunjukkan kepada saya, buat saya takut.

"Malam tu saya tidur… dan setiap detail dari neraka dan syurga saya nampak," katanya. 

Katanya, sejurus terjaga daripada tidur, dia terus mengambil keputusan untuk memakai tudung.

“Saya terus pesan tudung. Saya ambil shawl mama. Lepas tu saya telefon Neelofa. Dia cakap, ‘kau nak ustaz terjemahkan tak mimpi ni?’ Jadi saya jumpa Haris (suami kepada Neelofa). 

"Setiap detail yang saya mimpi tu, ada dalam hadis dan al-Quran,” katanya

Kilafairy turut menggambarkan bagaimana dia melihat sendiri azab yang amat dahsyat dalam mimpi tersebut iaitu bermula dari manusia diseksa hingga makhluk menyeramkan.

“Saya nampak syaitan-syaitan, urat dia macam lava. Suara macam petir, tinggi macam gunung. Ada yang tolak orang dalam gaung, potong tangan, tarik lidah potong. Saya nampak semuanya," katanya. 

Namun, dalam mimpi itu juga, dia sempat melihat sosok lelaki yang membawanya menuju cahaya dan keindahan yang digambarkan seperti syurga.

“Saya nampak syurga. Saya cakap, kawan-kawan saya ada di sana (neraka). Boleh tak awak selamatkan mereka? Dia kata tak boleh, boleh selamatkan seorang saja. 

"Bila saya cerita pada Haris, dia kata, you’re lucky sebab you end up in syurga. So ada harapan,” katanya.

Kilafairy beranggapan pengalaman luar biasa itu menjadi jawapan kepada doanya selama ini.

Untuk rekod, Kilafairy mula berhijab sejak Jun 2020. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya berasa Kilafairy merupakan antara insan terpilih untuk peroleh hidayah ALLAH. 

“Aku ingat kau pernah cerita ni. Subhanallah. You're lucky," kata pelakon, Ika Nabella.

 

“Saya percaya itu kuasa berdoa. ALLAH akan tolong dan bantu hamba-Nya yang meminta dengan ikhlas. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar,” kata Dunchadin.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram