DI sebalik tumpuan dunia terhadap penderitaan rakyat Palestin, Sudan kini turut bergelut dengan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.
Lebih 2,000 orang awam dilaporkan terkorban dalam kejadian pembunuhan kejam oleh pasukan separuh tentera Rapid Support Forces (RSF) dalam tempoh 48 jam di bandar El-Fasher, Sudan pada Selasa.
RSF yang berperang dengan tentera Sudan sejak lebih dua tahun lalu didakwa melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk selepas menawan bandar tersebut.
BACA LAGI: Pernah pandu kapal sebesar KLCC, anak Miri jadi wanita kedua malim pelabuhan di Malaysia
BACA LAGI: Giliran anak belajar kulinari, ikut jejak ibu, ayah alumni TVET, potensi luas dalam industri

Wanita dan kanak-kanak antara golongan yang terjejas akibat peperangan tersebut. — Agensi
Menurut Kumpulan Tentera Bersatu, jumlah orang awam yang terkorban itu termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Beberapa pertubuhan hak asasi manusia menyifatkan tindakan berkenaan sebagai satu protes pembersihan etnik secara sistematik dan disengajakan terhadap komuniti warga bukan Arab seperti Fur, Zaghwa dan Berti.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada masa sama melihat Sudan antara negara berdepan krisis kemanusiaan terbesar di dunia dengan jutaan kanak-kanak menanggung derita.
Menurut wakil Unicef, keadaan tersebut sememangnya membimbangkan terutama selepas melihat keadaan di Darfur dan Khartoum.
Timbalan Pengarah Eksekutif Unicef, Ted Chaiban berkata, keganasan berterusan turut memusnahkan komuniti dan menyebabkan perpisahan dalam sesebuah keluarga.
Perkara itu jelas dilihat apabila beliau bertemu dengan seorang wanita dan kanak-kanak yang terpaksa melarikan diri daripada kepungan di Al-Fasher.
"Mereka menempuhi pos kawalan bersenjata, dirompak, diganggu dan ditinggalkan sehelai sepinggang.
"Situasi di wilayah Darfur dan Kordofan juga kini amat genting dengan 1.4 juta kanak-kanak tinggal di kawasan yang mengalami kebuluran atau berisiko kebuluran.
"Tanpa rawatan segera, lebih ramai akan meninggal dunia. Di Darfur Utara sahaja, seramai 150,000 kanak-kanak dijangka mengalami kekurangan nutrisi teruk tahun ini (2025)," katanya.
النسخة العربية أدناه
Escaping El Fasher: A survivor’s tale
Hayat Yaqoub Hussein, a survivor of the El Fasher battles, tells Ayin about the first moments of the attack by the Rapid Support Forces on El Fasher after arriving with dozens of displaced people in the Tawila area.
It… pic.twitter.com/55ONrb22LI
— Ayin Network - شبكة عاين (@AyinSudan) October 28, 2025
Dalam pada itu, Unicef turut mendedahkan bahawa seramai 14 juta kanak-kanak di Sudan kini tidak bersekolah.
"Ramai ibu bapa memberitahu anak mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah selama bertahun-tahun.
"Kita sedang kehilangan satu generasi tanpa pendidikan," jelasnya.
Sementara itu, perang yang tercetus sejak April 2023 antara tentera pimpinan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan RSF dilaporkan sudah mengorbankan puluhan ribu nyawa serta menyebabkan hampir 12 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
