JUMLAH makanan tidak mencukupi untuk tetamu pada majlis perkahwinan sering kali mencetuskan konflik sesama ahli keluarga.
Menurut pandangan daripada pengusaha dan penyedia khidmat katering, Othman Hamid Katering, punca sebenar berlakunya juadah tidak mencukupi sebelum majlis melabuhkan tirai adalah disebabkan kesilapan tuan rumah.
Dalam perkongsiannya di akaun Threads baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa 90 peratus kejadian bermula daripada perancangan dan sikap pelanggan sendiri.
BACA LAGI: Konflik berterusan, wanita, kanak-kanak jadi mangsa perlakuan 'kejam' di Sudan
BACA LAGI: Pernah pandu kapal sebesar KLCC, anak Miri jadi wanita kedua malim pelabuhan di Malaysia

Setiap makanan dan minuman yang disediakan perlu selari dengan jumlah tetamu dijemput ke majlis. — Gambar hiasan/AI
Bagi membantu supaya perkara sedemikian tidak berulang sehingga menganggu kelancaran majlis, beliau menyenaraikan beberapa faktor utama.
Katanya, kebanyakan penganjur majlis cenderung memilih angka kecil ketika membuat tempahan demi mengurangkan kos perbelanjaan.
Namun, tindakan itu akhirnya membawa padah apabila jumlah tetamu yang datang melebihi jangkaan mereka.
"Cakap 500 orang, tetapi datang 700. Bila dah jadi macam ini, tak boleh jangka lauk cukup atau tidak.
"Kita tak boleh bajet kenduri macam bajet makan tengah hari," katanya.
Bukan itu sahaja, ramai juga memilih untuk menjimatkan kos dengan mengurangkan jumlah makanan dan minuman.
Sebaliknya, beliau mencadangkan agar tuan rumah mengurangkan penggunaan aksesori atau cendera hati untuk tetamu.
"Ketiga, ada yang tak dengar nasihat penyedia katering berpengalaman.
"Kalau kami cakap jumlah itu tak cukup, bukan nak suruh kamu bayar lebih.
"Kami nak lindung awak daripada malu hadapan tetamu dan menyesal bila lauk habis," jelasnya.
Katanya, setiap menu mempunyai formula tersendiri termasuk jumlah ayam, beras dan air untuk setiap 100 tetamu.
Tuan rumah yang membuat kiraan dengan ragu-ragu juga berisiko besar untuk membuat kesilapan.
Tambahnya, mentaliti sesetengah individu yang hanya mahu makanan disediakan secukupnya turut menjadi faktor utama masalah tersebut berlaku.
"Sikap 'janji cukup-cukup' dalam menempah makanan adalah antara punca paling bahaya.
"Dalam dunia katering, ‘cukup-cukup’ tu maksudnya ‘tak cukup’. Akan ada tetamu tambahan, budak tambah lauk, orang makan dua kali," ujarnya.
Menjadi saksi banyak majlis yang gagal berjalan lancar hanya kerana kesilapan kecil dalam perancangan, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dengan setiap kiraan dan garis panduan disediakan oleh pihak katering. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
