Unik dan mewah, 6 kek perkahwinan selebriti pernah jadi tumpuan ramai


  • Gaya
  • Rabu, 29 Okt 2025

Kek perkahwinan Elly Mazlein (kiri) serta Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson pernah mencuri tumpuan ramai. — Media sosial

KEK perkahwinan bukan sahaja menjadi hidangan istimewa di majlis pengantin, malah sering mencuri perhatian kerana rekaannya yang unik dan kreatif.

Dari tema romantik hingga konsep fantasi,selebriti malaysia sentiasa memberi sentuhan unik pada kek mereka.

Setiap kek bukan sahaja unik, tetapi juga hasil kerja kreatif dan teliti pasukan pembuatnya.

BACA LAGI: Seni terarium bukan sekadar hobi, rutin menghias landskap mini jadi terapi

BACA LAGI: Ibu bapa pun kena ‘stop’ gajet, Dr. Fadzilah saran 10 soalan 'cepumas' lepas anak pulang sekolah

Berikut adalah 6 kek perkahwinan selebriti Malaysia yang paling mencuri tumpuan:

1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamad Jiwa

Mengikat tali perkahwinan pada 21 Ogos 2006, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa memilih tema 'Indah Percintaan' untuk kek mereka.

Ia mempunyai tekstur seperti renda halus. Difahamkan, lebih 1,200 kuntuman mawar kecil bersalut emas disusun padat pada setiap lapisan, menyerupai taman bunga diraja.

Kek berharga RM12,000 itu turut menampilkan menara kecil pada bahagian atas dan reben emas panjang.

2. Aiman Hakim Redza & Zahirah MacWilson

Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2020. Kek perkahwinan mereka berbentuk chandelier tujuh tingkat yang tergantung di tengah dewan.

Kek setinggi lapan tingkat itu dihasilkan oleh Lily & Lola Cakes dan memerlukan masa seminggu untuk disiapkan.

Rekaannya yang unik dan mewah menarik perhatian ramai, termasuk menerima liputan daripada media antarabangsa.

3. Amyra Rosli & Amar Baharin

Amyra dan Amar diijab qabulkan pada 11 November 2016.

Kek perkahwinan mereka berbentuk istana ala fairytale dengan menara-menara tinggi beratap kon ungu kelabu.

Kek berwarna putih itu dihiasi ukiran batu bata, tingkap kecil dan gerbang melengkung yang terperinci.

Bahagian tengahnya pula menampilkan kereta kuda labu putih yang ditarik kuda seakan menyerupai kisah Cinderella.

 

4. Yuna & Adam Sinclair

Pasangan yang berkahwin pada 22 Oktober 2022 ini memilih kek perkahwinan setinggi tujuh tingkat dengan permukaan putih motif marmar kelabu serta satu daripadanya berwarna rose gold.

Kek itu dihiasi motif flora dengan hiasan manik kristal tergantung pada lapisan tengah.

Di bahagian atas, tertera nama nama 'Adam & Alis' dikelilingi bunga tambahan dan rama-rama kecil.

 

 

 

5. Haqiem Rusli & Anis Sofea

Penyanyi Haqiem Rusli dan Anis Sofea mengikat perkahwinan pada 19 November 2021.

Kek perkahwinan mereka berbentuk gaun pengantin tiga dimensi (3D) tanpa kepala, lengkap dengan layah.

Manisan itu berwarna putih, dihiasi sulaman renda halus rona kelabu pada bahagian dada, lengan dan hujung skirt.

6. Elly Mazlein & Mohamad Azlan Che Nuh

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein berkahwin buat kali kedua dengan guru Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020.

Kek perkahwinan lapan tingkat berwarna biru tua, begitu indah diserikan dengan perincian keemasan.

Bahagian tengah diukir lubang besar menyerupai gua, diisi kristal dan batu berkilau, dedaun hijau segar dan air terjun kecil yang mengalir.

Bahagian atas dihiasi bulan sabit emas dan bintang kecil yang juga berwarna emas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram