Cemburu disyaki punca kakak campak adik usia 21 hari dari aras 4, pakar kongsi tip elak anak sulung iri hati


  • Bonda
  • Rabu, 29 Okt 2025

Kehadiran ahli baharu di rumah sedikit sebanyak memberi cabaran kepada anak sulung. — Gambar hiasan/Janaan AI

SEORANG kanak-kanak perempuan bertindak mencampak adiknya yang baru berusia 21 hari dari tingkap aras empat setinggi kira-kira 40 kaki.

Memetik laporan agensi, tindakan itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.

Difahamkan, kanak-kanak berusia 5 tahun itu berada di rumah bersama adik perempuannya ketika kejadian tragis berlaku di Vasilyevo, Rusia.

BACA LAGI: 'Bajet kenduri tak sama macam makan tengah hari', ini 5 kesilapan tuan rumah punca makanan cepat habis, akhirnya tanggung malu

BACA LAGI: Keperluan ‘coach cerai’ buat pasangan dalam proses berpisah, antara sokongan emosi dan mencari titik damai

Difahamkan, kanak-kanak itu ditinggalkan ibu sendirian di rumah bersama adik perempuannya yang baru lahir. — Gambar hiasan/Janaan AI

Ibunya dilaporkan meninggalkan kedua-dua anak itu di rumah sementara suaminya keluar bekerja.

Penduduk yang lalu berhampiran mendengar jeritan seorang kanak-kanak dari tingkat empat sebelum ternampak bayi tidak bergerak di atas tanah.

Saksi berkata mereka berasa lemah lutut apabila melihat kejadian mengerikan itu.

Pasukan perubatan mengesahkan bayi berusia 21 hari itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh ke atas lantai konkrit.

"Satu siasatan jenayah telah dibuka berhubung kematian bayi tersebut, kata Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.

Ibu kepada kanak-kanak itu kini berdepan kemungkinan hukuman penjara.

Pihak penyiasat sedang meneliti sama ada kanak-kanak perempuan itu bertindak sedemikian akibat perasaan cemburu terhadap adiknya yang baru lahir.

Salah satu laporan menyebut ibu keluar melawat rakannya dan meninggalkan kedua-dua anaknya sendirian di rumah.

Menurut laporan agensi, tindakan ibu bapa yang meninggalkan anak tanpa pengawasan dan kemungkinan lain sedang disiasat.

Laporan lain yang memetik sumber tempatan menyatakan, kanak-kanak itu mungkin berasa sedih dengan kehadiran bayi baharu di rumah dan gara-gara cemburu, dia telah mencampak adiknya keluar dari tingkap.

Ketua Daerah Zelenodolsk, Tatarstan, Mikhail Afanasyev berkata, pihak berkuasa kini sedang menyiasat kejadian berkenaan.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyeru semua ibu bapa agar sentiasa berwaspada serta tidak meninggalkan anak kecil tanpa pengawasan," katanya.

Profesor Madya Dr. Fauziah Mohd Saad.

Bagi mengelakkan insiden sedemikian berlaku, ibu bapa disaran memberi perhatian seimbang kepada setiap anak, khususnya apabila menyambut kehadiran adik baharu dalam keluarga.

Menurut Pakar Psikologi dan Kaunseling daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr. Fauziah Mohd Saad, sikap berat sebelah atau kurang peka terhadap emosi anak sulung boleh mencetuskan perasaan terpinggir dan cemburu.

Berikut tiga tip dikongsikan kepada Majoriti bagi membantu ibu bapa mengurus emosi anak ketika menerima adik baru:

1. Luangkan masa 'one-on-one' setiap hari

Walaupun hanya 10 hingga 15 minit, pastikan masa itu khusus untuk anak sulung tanpa gangguan bayi.

Lakukan aktiviti yang digemari agar mereka merasa disayangi dan dihargai.

2. Gunakan bahasa yang inklusif

Ucapkan kata-kata positif seperti 'Adik sangat bertuah ada abang/kakak macam kamu' atau 'Mama jaga kamu dua-dua sebab dua-dua sangat istimewa'.

Bahasa yang membina membantu anak merasa peranannya penting dalam keluarga.

3. Kekalkan rutin anak sulung

Jangan ubah terlalu banyak jadual harian seperti waktu tidur, makan atau bermain.

Rutin yang konsisten membantu anak menyesuaikan diri dengan kehadiran adik tanpa merasa kehilangan dunia sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram