
BAKAL pengantin di China kini semakin memilih untuk menyewa perhiasan emas bagi majlis perkahwinan mereka berbanding membelinya.
Agensi melaporkan, ia susulan harga emas yang semakin meningkat sehingga mencecah paras tertinggi.
Seorang wanita di Chengdu yang mahu dikenali sebagai Chen, hanya membayar 1,000 yuan (RM593) untuk menyewa 50 gram perhiasan emas selama tujuh hari bagi majlis perkahwinannya baru-baru ini.
BACA LAGI: Sia-sia ubah suai jadi rumah mewah, mentua datang mengejut, 'claim' tanah, halau menantu
BACA LAGI: 'Itu bukan cinta tapi trauma,' psikologi dedah 5 sebab mudah terpikat pada pasangan toksik
"Kalau nak beli, harga sekurang-kurangnya 60,000 yuan (RM35,592).
"Disebabkan saya tidak akan memakai perhiasan itu selepas perkahwinan, membelinya memang membazir," katanya.
Untuk makluman, dalam budaya perkahwinan Cina, emas biasanya dianggap simbol kekayaan, kemakmuran dan keselamatan.
Biasanya pengantin perempuan memakai rantai emas, gelang dan cincin sebagai lambang keberkatan dan untuk menandakan status keluarga.
Namun, dengan harga emas yang semakin mahal, lebih ramai pasangan kini memilih alternatif menyewa agar tetap mengekalkan tradisi tanpa membebankan kewangan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram