SETIAP musim perayaan membawa warna, kemeriahan dan gaya tersendiri yang mencerminkan identiti serta keunikan masyarakat yang menyambutnya.
Bagi masyarakat India, Deepavali atau Diwali bukan sekadar pesta cahaya ia simbol kemenangan kebaikan ke atas kejahatan, disambut dengan kemeriahan, warna-warni dan busana tradisional anggun.
Tidak ketinggalan, selebriti wanita Bollywood turut memukau dengan penampilan mereka yang menggabungkan warisan tradisional India dan sentuhan moden.
Berikut penampilan beberapa bintang yang mencuri tumpuan pada musim perayaan ini:
BACA LAGI: Tuan rumah ralat penyewa wanita bujang buat onar, langgar syarat, anjur parti, 'tiba-tiba' bersalin
BACA LAGI: 'Jangan keluar rumah bila gaduh', suami tiru cara bapa kawal emosi ketika berdepan konflik
1. Alia Bhatt
Pelakon, Alia Bhatt tampil menawan dalam sari sutera rona rose gold yang diserikan dengan sulaman keemasan serta taburan sequin halus.
Blaus berpotongan kemas melengkapkan gaya tradisional yang tampak mewah dan anggun.
Perhiasan seperti rantai, maang tikka dan subang besar menambah seri penampilannya, sekali gus menyerlahkan pesona klasik dengan sentuhan moden.
2. Sonam Kapoor
Sonam Kapoor tampil berani dengan gaya yang memadukan tradisi dan moden secara sempurna.
Beliau mengenakan saree kuning lemon berhias tenunan benang emas, dipadankan bersama blaus royal blue yang memberi sentuhan kontemporari.
Jaket atau selendang bermotif Ikat (sejenis tekstil tradisional India), menambah tekstur dan elemen fesyen yang segar pada keseluruhan penampilan.
Aksesori emas dengan perincian berwarna dan anting panjang menjadikan gayanya tampak mewah namun tetap anggun.
3. Gauri Khan
Isteri pelakon Bollywood popular, Datuk Shah Rukh Khan, Datin Gauri Khan anggun mengenakan sari berwarna merah tua yang dihiasi sequin halus di sepanjang sempadan kain dan blausnya.
Fabrik nipis yang lut sinar memberi sentuhan moden, manakala blaus potongan leher V dalam dengan perincian berkilau menyerlahkan siluet yang elegan.
Penampilannya dilengkapi rantai merah dengan loket, anting sepadan dan cincin besar yang memperkuat aura mewah keseluruhan gaya.

4. Kareena Kapoor
Pelakon, Kareena Kapoor menyerlah dengan gaya yang menggabungkan tradisi dan keanggunan secara sempurna.
Beliau mengenakan busana tradisional serba putih dengan sulaman perak halus yang menampilkan seri klasik dan elegan.
Dupatta senada dengan perincian lembut menambah aliran kain yang anggun dan mewah.
Gayanya dilengkapkan dengan kasut tumit perak sederhana dan beg tangan kecil berjahit hias, memberikan sentuhan minimalis.
5. Radhika Merchant
Usahawan dan ikon fesyen India, Radhika Merchant memukau dengan penampilan dalam gaun tradisional panjang merah jambu berhias sulaman emas halus dan taburan sequin.
Persalinan rekaan Abu Jani Sandeep Khosla tersebut mempamerkan gaya mewah dan klasik.
Bahagian atas yang kemas dengan leher dalam dan lengan panjang dipadankan dengan skirt yang flowy.
Dupatta senada dengan hiasan rumbai menambah sentuhan dramatik, manakala anting, rantai dan cincin emas melengkapkan penampilan yang sesuai untuk meraikan

6. Kajol
Pelakon, Kajol tampil menawan dalam saree emas yang dihiasi sequin dan manik halus, menghasilkan efek berkilau.
Fabrik nipis dan blaus potongan leher U memberi sentuhan moden, manakala pallu yang cantik terurai menambah keanggunan.
Beliau memilih aksesori ringkas seperti subang sahaja, membiarkan rekaan busana yang mewah menjadi fokus utama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
