Tuan rumah ralat penyewa wanita bujang buat onar, langgar syarat, anjur parti, 'tiba-tiba' bersalin


  • Cinta
  • Isnin, 20 Okt 2025

Pemilik rumah (kanan) kesal apabila penyewa wanita bertindak membawa masuk lelaki ke rumah sewanya tanpa kebenaran. — Gambar Hiasan

PEMILIK rumah sewa, Aiman Ikhwan berkongsi pengalaman berdepan penyewa wanita yang melanggar syarat tinggal di unit sewanya iaitu bukan sahaja membawa masuk lelaki, malah dipercayai sehingga melahirkan anak di dalam bilik sewa.

Dalam hantaran di Facebook, Aiman berkata, rumah itu pada asalnya dikhaskan untuk penyewa perempuan sahaja dan telah dinyatakan jelas larangan membawa masuk lelaki. Namun, penyewa berkenaan bertindak sebaliknya.

"Bilik sewa perempuan sahaja, tak dibenarkan bawa masuk lelaki. Tapi dia bukan sahaja bawa, siap ajak kawan buat parti dalam rumah.

"Dan lebih mengejutkan, semua rahsia itu terbongkar apabila dia dikatakan bersalin di dalam bilik sewa,” katanya.

BACA LAGI: 'Effort' luar biasa, lelaki guna AI hasil 'trailer' ala animasi Disney lamar kekasih hati

BACA LAGI: Cinta berputik sejak remaja, suami isteri pencipta Barbie dan Hot Wheels ubah dunia permainan kanak-kanak

Tambah Aiman, situasi bertambah kecoh apabila rakan serumah terpaksa menghubungi ambulans dan membantu wanita berkenaan melahirkan bayi tersebut.

“Masa nak masuk dulu, dia cakap kerja cikgu. Aku pun percaya la sebab muka baik, bertudung. Last-last kena tipu juga.

“Pengajarannya, lepas ini tapis betul-betul siapa penyewa dan letakkan syarat yang lebih ketat," tulisnya sambil menyarankan pemilik rumah sewa supaya lebih berhati-hati memilih penyewa selepas ini.

Hantaran itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman masing-masing berdepan penyewa atau penyewa lain yang bermasalah.

Ehh Rein menasihatkan agar setiap urusan sewa dibuat secara bertulis bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Kena buat hitam putih. Ambil detail penyewa. Sekarang ni ramai yang duduk serumah campur lelaki perempuan, susah nak kawal,” tulisnya.

Sementara itu, Mahayuddin Dean berkongsi tip praktikal yang diamalkannya ketika menguruskan rumah sewa.

"Buat borang kemasukan penyewa. Jangan ambil salinan IC, tetapi suruh dia tunjuk masa isi borang.

"Dalam borang, letak ayat pengesahan, jadi kalau tipu, boleh diambil tindakan undang-undang. Kawan saya pernah buat macam ni, terus penyewa yang mencurigakan tak berani teruskan," katanya.

Ada juga yang tampil berkongsi pengalaman sebagai penyewa yang beretika.

Sakinah Izzatie menceritakan rumah sewanya terbakar ketika beliau tiada di rumah, namun tuan rumah tetap bersikap baik dan memahami.

“Tuan rumah tak marah pun, siap cakap alhamdulillah tak ada kemalangan jiwa. Dia kata jangan risau sebab akan claim insurans. Kami pun keluar tanpa tinggal hutang, bil semua kami bayar,” katanya.

Sementara itu, MizzReen Reen pula pernah berdepan situasi lebih memalukan apabila suami kepada penyewa perempuan membawa balik wanita lain ke rumah.

“Tak tahu siapa report ke JAIS malam tu, tapi kantoi. Sejak kejadian tu, saya dah siap sedia surat perjanjian sewa untuk semua penyewa baharu,” ujarnya.

Turut berkongsi kisah, Cathrine Mac menceritakan pengalamannya sebagai penyewa bukan Islam yang tidak selesa apabila rakan serumahnya sering membawa teman lelaki bermalam di rumah sewa.

“Saya non-muslim, tetapi lelaki tu Muslim. Kadang dia jalan pakai seluar dalam (boxer) dalam rumah, saya rasa tak selesa. Saya terus pindah, tak nak ambil risiko kalau jabatan agama datang,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram