
TINDAKAN seorang bapa yang memaksa anak perempuannya membuang pingat yang dimenangi dalam satu pertandingan seni bela diri atau silat di Indonesia baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, kanak-kanak perempuan tersebut diarahkan untuk tidak menyimpan pingat tersebut kerana dianggap menang tanpa bertanding.
Menurut penjelasan bapa berkenaan, arahan itu diberikan bertujuan mengajar nilai kejujuran dan integriti terhadap anaknya yang masih kecil.
BACA LAGI: Ada kontrak tiba-tiba tamat, tarik diri, dugaan Elly Mazlein lepas berhijab
BACA LAGI: 'Banyak kali buat permintaan pelik', impian wanita bergelar model jadi mimpi 'ngeri'
Baginya, kanak-kanak perlu memahami perbezaan antara pencapaian dengan pemberian.
"Ada perkara seperti pencapaian tetapi, pingat yang dia menangi semata-mata kerana tiada pesain lain, jadi ia tidak berbaloi untuk disimpan.
"Ceritanya begini, anak kami terlupa jurus pada pertengahan perlawanan, tetapi disebabkan tiada pesaing lain dalam kumpulan umurnya, dia masih memenangi pingat gangsa.
"Namun, anak kami diajar untuk tidak menerima kemenangan 'pemberian'.
"Jadi, dia hanya dibenarkan untuk mengekalkan pingat yang diperjuangkan melalui proses panjang," jelasnya.
Tindakan tegas itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang menganggap ia dapat menjejaskan emosi kanak-kanak.
Selain dipaksa buang pingat ketika dalam perjalanan pulang kanak-kanak tersebut turut diminta mengoyakkan sijil yang diterima.
Segelintir ibu bapa lain berpandangan bahawa cara itu turut dapat melemahkan semangat anak untuk meneruskan minatnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram