[VIDEO] Sejuk perut ibu mengandung, anak ‘hilang’ rupanya sibuk belajar ambil wuduk di bilik mandi


  • Bonda
  • Ahad, 19 Okt 2025

Tangkap layar memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang sedang belajar mengambil wuduk di dalam bilik mandi.

TELATAH seorang kanak-kanak perempuan yang gigih belajar mengambil wuduk sendiri mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Facebook milik Ceramah Berfaedah, si ibu pada awalnya kelihatan panik apabila anaknya tiba-tiba hilang dari pandangan mata di dalam rumah.

Namun, perasaan cemas itu bertukar sebak apabila dia menemui anak kecilnya sedang belajar berwuduk di bilik air dengan berpandukan buku panduan cara mengambil wuduk yang betul.

BACA LAGI: [VIDEO] Permainan mudah ajar anak erti sebenar pengorbanan ayah, apa kita dapat belum tentu dia ada semasa kecil

BACA LAGI: [VIDEO] 'Confirm seminggu tak basuh tangan', budak pengiring aksi JDT-Penang tak henti tersengih dapat pegang glove Syihan

Telatah kanak-kanak perempuan berkenaan yang sedang belajar mengambil wuduk.

Dalam video berdurasi 57 saat itu, kelihatan kanak-kanak berkenaan berdiri di hadapan kepala pancur mandi sambil meniru langkah demi langkah wuduk berdasarkan gambar dalam buku tersebut.

Walaupun gerakannya masih kekok dan tidak sempurna, niatnya yang tulus untuk belajar sendiri menyentuh hati ramai warga maya.

“Seorang ibu sempat panik mencari anak perempuannya di rumah. Dipanggil tak menjawab, dicari ke sana-sini tak dijumpai.

“Hingga akhirnya, dia menemui anaknya berdiri di depan kepala pancur mandi, cuba belajar wuduk sendiri sambil melihat buku panduan,” tulis hantaran itu.

Sikap anak kecil itu nyata membuat ramai pengguna media sosial tersentuh, malah rata-rata memuji didikan ibunya yang berjaya menanam nilai agama dalam diri anak sejak usia muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram