'Abang, kakak' online tegur sikap pelajar perempuan, tanpa segan silu duduk atas riba pasangan di dalam kelas


  • Bonda
  • Ahad, 19 Okt 2025

Kejadian itu mencetuskan persoalan sejauh mana nilai moral masih diterapkan dalam kalangan pelajar masa kini. — TikTok/@apa.barang.ada

SELEPAS satu demi satu isu menimpa negara melibatkan institusi pendidikan seperti jenayah seksual, buli serta insiden meragut nyawa, kini timbul pula rakaman baharu yang menimbulkan kebimbangan mengenai sahsiah dan disiplin pelajar.

Ia juga secara tidak langsung mencetuskan persoalan sejauh mana nilai moral dan rasa hormat masih diterapkan dalam kalangan pelajar masa kini.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @apa.barang.ada tular memaparkan beberapa pelajar duduk berpasangan di dalam kelas seolah-olah tanpa rasa segan.

BACA LAGI: Kecewa, pengukuhan cinta antara 6 fasa perkahwinan, anda kini sedang alami kategori mana?

BACA LAGI: Intan Najuwa 'unboxing' perkakas dapur, warga maya teruja, siap 'selidik' harga 1 teko cecah lebih RM1,000

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, tiga pasangan pelajar terlibat kelihatan duduk bersebelahan, manakala seorang pelajar perempuan dalam kalangan mereka duduk di atas riba lelaki yang difahamkan sebagai pasangannya.

Situasi tersebut dirakam ketika mereka di dalam bilik darjah. Bagaimanapun, lokasi sebenar sekolah berkenaan tidak dinyatakan.

Pemilik akaun tersebut turut menulis kapsyen dalam nada sindiran.

"Abang cemburulah tengok adik-adik boleh buat macam ni. Zaman abang dulu tak boleh buat macam ni pun.

"Abang kalau dapat hisap rokok di dalam tandas pun rasa dah cukup gentle masa tu," tulisnya.

Hantaran tersebut turut mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen.

Rata-rata daripada mereka menegur tindakan pelajar berkenaan yang dianggap melampaui batas dan tidak sesuai dilakukan di sekolah.

"Zaman dulu kantoi rokok kena lipas dengan cikgu, sekarang kantoi cikgu pula yang kena marah dengan ibu bapa mereka," komen @aa.aieman.

"Kalau zaman dulu, memang makan kaki, makan tangan la adik oiii," kata @qia.mia.sara.

"Bahagia dulu, sakit kemudian," sindir @sabiqqq1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram