Kasih sayang selamanya, anak hadir majlis graduasi pakai 'skirt' guna tali leher mendiang bapa


  • Bonda
  • Sabtu, 18 Okt 2025

Veronica menggayakan skirt diperbuat daripada tali leher mendiang bapanya pada majlis graduasinya.

MAJLIS graduasi sememangnya menjadi antara detik paling bermakna khususnya buat individu bergelar graduan universiti.

Ia bukan sahaja menandakan tamatnya pengajian, tetapi juga menjadi momen seseorang itu berkongsi kegembiraan bersama insan tersayang pada hari bersejarah tersebut.

Namun, bagi seorang wanita muda dari Colombia dikenali sebagai Veronica, majlis graduasinya menjadi luar biasa apabila memilih cara istimewa mengenang mendiang bapanya

BACA LAGI: [VIDEO] 'Serai, cili padi pun ada', terhibur gelagat Janna Nick, suami beli barang dapur bajet RM200 di London

BACA LAGI: Gagal lunas nafkah, Nurin Alisa dakwa bekas suami enggan jaga anak, dibiarkan tidur luar rumah

Veronica hadir ke majlis graduasinya dengan memakai skirt yang diperbuat daripada semua koleksi tali leher bapa beliau sebagai tanda penghormatan atas segala jasa pengorbanan dicurahkan.

Setiap tali leher dijahit menjadi kain skirt itu difahamkan merupakan pakaian bapanya ketika pergi bekerja, sekali gus menjadi simbol kenangan amat berharga buat diri beliau.

 

 

Dalam satu video dimuat naik di laman TikTok, Veronica berkongsi momen itu yang nyata menyentuh hati ribuan pengguna media sosial.

Beliau menyifatkan arwah bapanya sebagai 'malaikat kecil' yang sentiasa bersamanya terutama pada hari penting tersebut.

"Anda adalah malaikat kecil yang paling comel yang saya ada, saya sayangkan awak," tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Inisiatifnya itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dan memuji kreativiti dipamerkan selain turut menggambarkan keutuhan cinta terhadap keluarga kekal walaupun sudah tiada.

Biarpun sekadar pakaian dikitar semula, skirt buatan tangan itu menjadi simbol bahawa cinta mampu mengatasi kehilangan dan kenangan bersama mereka yang telah pergi akan sentiasa hidup dalam hati. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram