Beyonce anggun gayakan abaya, berselendang serba hitam di Qatar, nikmati momen percutian bersama Jay-Z


  • Gaya
  • Sabtu, 18 Okt 2025

Beyonce (kiri) dan Jay-Z (kanan) dilihat menikmati percutian berunsur kebudayaan di Doha, Qatar, baru-baru ini. 

PASANGAN selebriti terkenal dunia, Beyonce dan Jay-Z dilihat menikmati percutian berunsur kebudayaan di Doha, Qatar, baru-baru ini. 

Kehadiran mereka di sana mencuri tumpuan ramai, sekali gus mengukuhkan lagi reputasi negara Teluk itu sebagai destinasi budaya bertaraf dunia.

Menerusi hantaran di akaun rasmi National Museum of Qatar pada 16 Oktober lalu, beberapa foto menunjukkan Jay-Z tampil segak mengenakan sut hitam dipadankan dengan kemeja-T putih ketika melawat muzium berkenaan. 

“Kami berbesar hati menyambut kehadiran Jay-Z ke National Museum of Qatar, sambil berkongsi kisah warisan negara kami yang kaya dengan sejarah," kata pihak muzium. 

BACA LAGI: Cinta berputik sejak remaja, suami isteri pencipta Barbie dan Hot Wheels ubah dunia permainan kanak-kanak

BACA LAGI: Nenek sempoi 'join' anak main 'skateboard', tak kekok pamer gaya bebas

Beberapa foto turut memperlihatkan penyanyi rap dan usahawan ternama itu menghayati pameran serta keindahan seni bina unik muzium berkenaan.

Pada masa sama, Beyonce turut menarik perhatian apabila dilihat membeli-belah di butik mewah di Place Vendôme Mall, Doha. 

Penyanyi kelahiran Texas itu tampil anggun dalam abaya hitam panjang, lengkap berselendang dan cermin mata gelap menyerlahkan aura elegan dan penuh gaya.

Untuk rekod, Beyonce yang masih memegang gelaran antara artis paling berpengaruh di dunia, baru sahaja menamatkan ‘Cowboy Carter Tour’ pada Julai lalu dengan persembahan penutup di Las Vegas. 

Album terbaharunya, Cowboy Carter turut dinobatkan sebagai Album Terbaik Tahun Ini di Anugerah Grammy 2025.

Kehadiran pasangan itu ke Qatar bukan sekadar percutian semata-mata, tetapi juga mencerminkan pengiktirafan terhadap kekayaan budaya dan hospitaliti negara itu, yang kini semakin menjadi tumpuan ikon-ikon global.  — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram