Pernah 'diperlekeh' ketika masuk butik mewah? Pakar jualan dedah sebab jurujual lagak 'sombong' dengan pelanggan


  • Gaya
  • Khamis, 16 Okt 2025

Layanan dingin diberikan oleh jurujual di buti mewah adalah sebahagian daripada strategi jualan yang dirancang. — Gambar hiasan/Janaan AI

RASA terpinggir atau dilayan dingin ketika memasuki butik mewah bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi ramai pembeli.

Menurut pakar motivasi dan jurulatih jualan dari Amerika Syarikat (AS), Shelby Sapp, layanan sebegitu sebenarnya sebahagian daripada strategi jualan yang dirancang.

Menerusi satu video dimuat naik di akaun Instagramnya, Shelby menjelaskan bahawa pekerja di butik-butik mewah dilatih menggunakan pattern interrupt, iaitu teknik sengaja membuat pelanggan rasa berbeza daripada kebiasaan agar terdorong untuk membeli lebih banyak barang.

BACA LAGI: Wanita gusar kakak ipar nak 'tumpang' tinggal di rumah, alasan enggan menyewa sendiri, suami PJJ

BACA LAGI: 'Banyak kali buat permintaan pelik', impian wanita bergelar model jadi mimpi 'ngeri'

“Jurujual di butik luxury dilatih supaya tidak terlalu ramah atau mendekati pelanggan dengan cara biasa.

"Layanan dingin itu sebenarnya mendorong pelanggan untuk membuktikan bahawa mereka mampu membeli, sekali gus menyebabkan berbelanja lebih banyak," jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, pendekatan itu berbeza dengan kebanyakan kedai biasa di mana jurujual menyapa pelanggan dengan ramah dan mudah didekati.

Situasi itu katanya, sering membuat pelanggan menolak dengan sopan dan memilih untuk hanya sekadar meninjau tanpa membeli.

Video menerima lebih 2 juta tontonan itu mendapat reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya menyifatkan strategi itu tidak berhasil dan menganggap layanan dingin hanya membuatkan mereka keluar dari kedai tanpa sebarang pembelian.

"Cara itu tak berkesan pada saya. Saya tak pernah jumpa jurujual yang bersikap kasar, mereka sebenarnya selalu layan saya dengan baik," komen @queenbee.aphrodite.

"Kalau jurujual layan saya dengan cara tak baik, saya terus keluar dari kedai dan beli apa yang saya nak dari jenama lain," kata @sunkissedblush.blog.

"Saya tak akan belanja lebih semata-mata nak tunjuk pada jurujual supaya mereka dapat komisen. Apa yang saya perlukan ialah layanan pelanggan yang baik," ujar @sandra_castro88. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram