Wanita 'pentingkan diri' minta rakan kerja tiada anak tukar tarikh cuti, beri laluan pada golongan berkeluarga


  • Bonda
  • Isnin, 13 Okt 2025

Menggunakan alasan tiada anak seorang wanita meminta rakan lelaki sekerjanya menukar tarikh cuti supaya beliau dapat luang masa bersama keluarga. — Gambar hiasan/Janaan AI

SEORANG wanita bertindak meminta rakan sepejabatnya menukar tarikh cuti supaya memberi laluan kepada beliau bercuti bersama keluarga.

Dalam satu perkongsian di Reddit, rakan sekerjanya seorang lelaki menjelaskan, beliau bekerja di pejabat kecil yang mana semua staf terpaksa menempah tarikh cuti setahun lebih awal supaya segala urusan berjalan lancar.

Oleh itu, pada Januari, beliau sudah memohon cuti dua minggu untuk meraikan Krismas hingga hujung tahun.

BACA LAGI: 'Ini bukan content, ini penghinaan', Mekyun selar tindakan remaja beri sisa tulang ayam kepada gelandangan

BACA LAGI: Bukan jurufoto mahupun juruvideo, 'wedding content creator' urus kandungan media sosial sewaktu resepsi berlangsung

Vietnamese business lady proving her business idea will work

Situasi wanita yang meminta rakan sekerjanya menukar tarikh cuti itu dianggap mementingkan diri sendiri oleh sesetengah pihak. — Gambar hiasan/Freepik

Apa yang melegakan apabila permohonan cuti itu telah diluluskan beberapa bulan lalu, namun keterujaan dirasai tersentak apabila rakan pejabat memintanya tunda tarikh cuti.

"Dia (rakan sekerja) memberitahu bahawa menerima 'tawaran impian’ percutian ke Asia pada Disember nanti, tetapi tarikh tersebut bertindih dengan cuti saya.

"Hanya kerana saya tiada anak, dia meminta saya melepaskan cuti itu dan memilih tarikh lain kerana menyifatkan perayaan Krismas lebih penting untuk yang berkeluarga.

Disebabkan rasa tidak adil diperlakukan sedemikian hanya alasan tiada anak lelaki itu menolak, namun, rakan kerja terbabit segera membuat aduan kepada pengurus.

"Syukur, pengurus menyokong saya, tapi sekarang dia (rakan sekerja) bertindak seolah-olah saya merosakkan peluangnya sekali seumur hidup.

"Nampaknya, percutian saya yang dirancang rapi dianggap pilihan manakala kehendak spontan beliau pula tidak boleh diganggu," ujarnya.

Orang ramai di ruangan komen turut mengecam sikap rakan sekerja itu yang dikatakan terlalu mementingkan diri sendiri.

Seorang pengguna menyatakan bahawa beliau tidak menyukai orang yang berkata perkara seperti 'sebab awak tiada anak' dan 'Krismas lebih penting untuk keluarga' kerana ia sangat menyakitkan. Tidak masuk akal apabila musim perayaan dianggap penting buat yang mempunyai anak.

Seorang lagi menambah, situasi sama berlaku kepada ibu bapa yang terlalu mementingkan diri sendiri apabila menyifatkan orang tanpa anak tidak boleh atau tidak patut bercuti semasa cuti sekolah. Walhal, kelompok ini juga mempunyai adik-beradik, pasangan atau individu penting dalam hidup bekerja sebagai guru.

Dalam pada itu, orang ramai turut menekankan bahawa tiada anak tidak bermakna seseorang itu tidak mempunyai keluarga lain yang perlu diraikan cuti bersama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram