
GOLONGAN anak muda yang sanggup menggalas tanggungjawab demi berkhidmat untuk negara sememangnya wajar dijadikan contoh.
Semangat mereka menghabiskan masa menjalani latihan turut mencerminkan nilai disiplin, keberanian dan rasa cinta mendalam terhadap tanah air.
Keadaan itu jelas dilihat ketika majlis tamat latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur baru-baru ini.
BACA LAGI: ‘Jangan cepat menghukum,' Ustazah Nazirah ulas isu 'bachelorette usrah' dikecam tiru budaya Barat
Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, seorang wanita muda berbangsa India mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kegembiraan bersama keluarga tercinta.
Lebih mengharukan apabila terserlah riak wajah gembira dan bangga ibu dan bapanya melihat kejayaan tersebut.
Kejayaannya itu bukan sahaja mencerminkan semangat juang dan disiplin tinggi, malah turut menjadi inspirasi agar lebih ramai anak muda menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Video itu sekali gus dibanjiri dengan kata-kata semangat dan pujian daripada rata-rata warga maya.
"Jadi Inspirasi. Semoga lebih ramai anak muda kaum India menyertai PDRM. Tahniah puan," ucap @friendsof.pdrm.
"Tahniah, gugur air mata saya, anak-anak saya tak sempat nak peluk arwah ayahanda mereka apabila mereka semua berjaya.
"Apabila saya tengok video anak-anak meraikan bersama ayah mereka, saya sebak dan sedih.
"Tahniah cik inspektor bertugaslah dengan tulus dan semoga maju jaya, buat ayah awak bangga," komen Ruby Marz.
"Bangga dapat anak Malaysia begini. Penuh penghormatan untuk keluarga dan negara.
"Bekerjalah dengan amanah agar hidup tidak musnah. Tahniah," tulis Wak Rem. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram