Trend rona coklat makin jadi pilihan pencinta fesyen, dari jaket, kasut hingga tas tangan, ideal padan semua warna


  • Gaya
  • Isnin, 13 Okt 2025

Gaya fesyen terkini menampilkan rona coklat yang dijangka terus kekal relevan dalam masa terdekat. — Agensi

SELEPAS Pantone mengumumkan mocha mousse sebagai warna pilihan 2025, ramai menganggapnya lucu dan ada juga membuat berjenaka.

Namun, ternyata ramalan pakar warna itu adalah tepat.

InStyle sudah pun mengenal pasti coklat gelap sebagai warna popular lebih awal.

BACA LAGI: 'Otak mak awak dah mati', ibu meninggal dunia kelapa jatuh atas kepala, 6 tahun anak 'dihantui' rasa bersalah

BACA LAGI: Wanita 'pentingkan diri' minta rakan kerja tiada anak tukar tarikh cuti, beri laluan pada golongan berkeluarga

Linda Fargo

Vogue pula menyenaraikannya sebagai salah satu daripada enam trend warna utama bagi musim itu.

Pada pertunjukan fesyen Spring/Summer 2026 di Eropah, sama ada di khalayak atau di jalan raya Paris dan Milan, ramai undangan memakai rona coklat dengan fabrik diperbuat daripada kulit, suede dan cashmere.

Bukan beige atau camel, tetapi coklat hangat dan mewah seperti chestnut, bourbon dan topaz.

Ketua Kandungan Editorial baru untuk US Vogue, Chloe Malle memakai suit Dries Van Noten berwarna coklat kayu pada pertunjukan Loewe.

Sementara itu, Ketua Kandungan Vogue edisi Mexico dan Amerika Latin, Karla Martínez pula menyarungkan jaket, top dan skirt rajutan rona coklat tanah.

Pengarah Fesyen Bergdorf Goodman, Linda Fargo berkongsi, perkara terakhir yang dilakukannya sebelum berangkat ke Eropah adalah membeli sepasang kasut mock croc bertumit rendah.

Beliau juga membawa sepasang kasut mules espresso coklat yang dianggap sebagai ‘item wajib’ musim fesyen ini, selain mengenakan sut Monse berwarna coklat.”

Warna bumi

"Saya rasa ini berkaitan dengan keperluan untuk rasa lebih grounded.

"Warna coklat mempunyai kaitan dengan bumi dan alam semula jadi," kata Fargo sambil menekankan bahawa Bergdorf memberi fokus besar pada warna tersebut.

Pengarah Fesyen dan Gaya Hidup untuk Saks Global, Chloe King yang ketika itu memakai gaun sifon Dries Van Noten coklat bercorak polka ungu berkata, kelebihan coklat adalah ia sesuai dipadankan dengan hampir semua warna lain.

"Saya selalu kaitkan coklat dengan Milan di mana ia sering digayakan bersama navy dan nampak sangat chic.

"Sekarang, gaya itu telah 'merebak' ke seluruh pelosok dunia," kata Ines De La Fressange, pereka dan ikon fesyen yang pernah menjadi wajah France pada pertunjukan Roger Vivier.

Memang benar, bagi mereka yang masih mengaitkan coklat dengan era 1970-an ketika warna itu pernah menjadi rona dominan dalam fesyen, ia menjadi cara untuk mengubah persepsi boleh dimulakan dengan aksesori.

Tambah Linda, ada sebab mengapa Ketua Pegawai Perniagaan Bergdorf, Yumi Shin memutuskan bahawa beliau mesti memiliki tali pinggang Prada slim berwarna coklat untuk musim ini.

Cara lain untuk mula menerima rona coklat adalah melalui kasut atau sweater.

Warna tersebut pada asasnya seperti warna asas lain seperti hitam, tetapi lebih lembut.

Itulah sebabnya, apabila ditanya sama ada ini sekadar giliran trend, Linda ketawa dan menjelaskan bahawa dalam ramalan terakhirnya untuk butik, beliau menamakan coklat sebagai elemen utama menjelang 2026.

Dengan kata lain, trend warna coklat dijangka terus kekal relevan dalam masa terdekat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram