
ANAK kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B mencuri perhatian ramai apabila tampil menyarungkan jubah dan mortar pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah 2025 Akademi Dalam Industri dan UTMSPACE Services baru-baru ini.
Dalam majlis berprestij itu, pemilik nama sebenar Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tersebut turut menerima USS Voyager Award 2025 sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan komitmen beliau dalam bidang diceburi.
Cik B berusia 20 tahun berkongsi momen bersejarah itu menerusi hantaran di Instagram, memaparkan detik beliau di atas pentas menerima anugerah sambil disaksikan ibu beliau yang turut hadir memberi sokongan.
BACA LAGI: Kerajaan perkukuh nilai kemanusiaan, RM10 juta bantu pelarian, fokus lindungi kanak-kanak
Pada ruangan kapsyen Instagram, anak ketiga daripada empat adik-beradik itu hanya menulis secara ringkas, Alhamdulilah beserta emoji konvokesyen dan bentuk love warna putih.
Dalam perkongsian sama, warga maya tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah dan bangga dengan kejayaan dicapai.
Terdahulu, pada awal 2025, satu video di TikTok juga memaparkan Cik B memakai jubah konvokesyen dan mortar sambil memegang sijil berwarna merah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram