Kerajaan perkukuh nilai kemanusiaan, RM10 juta bantu pelarian, fokus lindungi kanak-kanak


  • Bonda
  • Jumaat, 10 Okt 2025

RM10 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Madani 2026 khusus untuk mempertingkat kebajikan pelarian terutama kanak-kanak.

KERAJAAN menegaskan komitmen terhadap nilai kemanusiaan sejagat apabila RM10 juta diperuntukkan khusus untuk mempertingkat kebajikan pelarian terutama kanak-kanak, menerusi Belanjawan Madani 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian serta menaik taraf tiga Depot Tahanan Imigresen dan tiga Baitul Mahabbah menjadi Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak.

“Atas dasar kemanusiaan, kebajikan pelarian khususnya anak-anak kecil akan terus ditambah baik,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

BACA LAGI:Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, ini 5 pesanan penuh makna seorang bapa untuk anak-anaknya

BACA LAGI:Kes ibu Misha Omar: Pakar jelaskan bagaimana suplemen tidak sah dan steroid tersembunyi ancam kesihatan pesakit kronik

Langkah itu mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan kebajikan pelarian diurus dengan lebih teratur, berperikemanusiaan dan selamat yang selari dengan matlamat Malaysia Madani yang menekankan prinsip belas ihsan dan keadilan sosial.

Untuk rekod, Belanjawan Madani 2026 merupakan belanjawan keempat dibentangkan di bawah kepimpinan Anwar, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Belanjawan ini menjadi landasan utama pelan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan tumpuan kepada pengukuhan ekonomi rakyat, tadbir urus berintegriti dan pembangunan sosial yang inklusif.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram