Hati-hati bawa anak berkelah, lelaki terpijak botol kaca ketika mandi di KKB, kena 4 jahitan


  • Bonda
  • Sabtu, 11 Okt 2025

Seorang lelaki tercedera akibat terpijak serpihan kaca sewaktu bermandi di Sungai Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

DETIK riang mandi-manda bertukar mimpi ngeri buat seorang lelaki apabila tapak kakinya cedera parah akibat terpijak serpihan botol kaca di Sungai Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini.

Najib Selamat berkata, beliau menerima empat jahitan akibat terpijak botol kaca ketika mandi di kawasan berkenaan.

Dalam hantaran di media sosial, Najib menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membawa keluarga, khususnya kanak-kanak ke kawasan berkenaan yang disifatkannya berisiko.

“Sekadar peringatan. Elakkan bawa family mandi di Alor Lempah. Saya pernah terpijak botol kaca di situ dan menerima empat jahitan. 

"Botol kaca datang daripada orang yang tak bermoral seperti minum dan buang ke dalam sungai. Harap pihak berwajib boleh pasang larangan mandi di kawasan tu untuk elak orang lain terkena.

"Cuba bayangkan kalau kanak-kanak atau anak kita sendiri yang kena,” tulisnya.

BACA LAGI: Kerajaan perkukuh nilai kemanusiaan, RM10 juta bantu pelarian, fokus lindungi kanak-kanak

BACA LAGI: Kes ibu Misha Omar: Pakar jelaskan bagaimana suplemen tidak sah dan steroid tersembunyi ancam kesihatan pesakit kronik

Najib menerima empat jahitan akibat terpijak botol kaca ketika mandi di kawasan berkenaan.

Beberapa gambar yang dikongsikan menunjukkan keadaan tapak kakinya yang berjahit serta kawasan sungai tersebut yang sering menjadi lokasi tumpuan pengunjung berkelah.

Perkongsian Najib menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan pesanan itu dan menganggap sungai berkenaan tidak lagi selamat untuk aktiviti keluarga.

“Saya duduk Beruntung, tak suka mandi tempat macam ni. Tak tahu di mana dan tak pernah pergi," kata Hassan Debab.

“Thank you info, alhamdulillah setakat ni mandi kat sana tak kena lagi," kata Saii Tama

Sementara itu, salah seorang penduduk tempatan, Mali Tenuk mendakwa air di kawasan tersebut sudah tercemar.

“Air ini kotor. Di hulu tu ada orang bela lembu, najis alir ke sungai ni. Kami orang KKB pun tak nak mandi situ," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram