Cinta pertama bukan sekadar memori lama, jejas emosi dan pengaruhi corak hubungan baharu


  • Cinta
  • Sabtu, 11 Okt 2025

Wanita sedih melihat cinta pertamanya bersama pasangan baharu. — Gambar Hiasan

RAMAI menganggap cinta pertama sekadar memori manis atau kenangan lama.

Namun, kajian mendapati, pengalaman itu mampu memberi kesan jangka panjang terhadap corak hubungan dan emosi seseorang. 

Cinta pertama seakan menjadi ‘acuan awal’ yang mencorakkan perjalanan cinta seterusnya.

BACA LAGI: Nenek sempoi 'join' anak main 'skateboard', tak kekok pamer gaya bebas

BACA LAGI: Katil berasingan boleh meretakkan rumah tangga, 5 sebab suami isteri wajib tidur bersama

Berikut lima kesan cinta pertama yang mempengaruhi kehidupan seseorang terutama pasangan baharu: 

1) Cinta pertama boleh ubah cara kita menyayangi

Cinta pertama sering menjadi titik mula bagaimana seseorang belajar menunjukkan kasih sayang. 

Jika memori awal penuh kehangatan, individu lebih mudah mengekspresikan cinta dalam hubungan baharu. 

Tetapi jika dipenuhi pertengkaran atau pengkhianatan, ia boleh mengurangkan kemesraan walaupun hubungan yang sekarang lebih stabil. 

Hal ini dibuktikan dalam kajian Tabea Wolf & Lisa Nusser (2024), Journal of Social and Personal Relationships yang mendapati kenangan positif meningkatkan keintiman manakala memori negatif menurunkannya.

2) Kenangan sukar padam

Pengalaman cinta pertama yang tidak stabil boleh menimbulkan corak hubungan cemas iaitu individu menjadi takut ditolak, mudah curiga atau perlukan kepastian berlebihan daripada pasangan. 

Pakar Neuropsikologi Universiti of Westminster, Profesor Catherine Loveday menjelaskan bahawa otak manusia menyimpan pengalaman emosional pertama dengan sangat kuat sehingga ia menjadi rujukan sepanjang hidup. 

Gambar lama boleh menyebabkan seseorang teringat kenangan bersama cinta pertama. —  Gambar hiasan

3) Bandin pasangan baharu dengan cinta pertama boleh jadi menyakitkan

Tanpa disedari, ramai orang yang meletakkan cinta pertama sebagai standard yang sukar ditandingi. 

Apabila hubungan baharu tidak seindah atau semanis memori awal, rasa kecewa timbul di hati. 

Pakar terapi hubungan yang dipetik dalam BetterHelp menyebut, cinta pertama sering digambarkan dan apabila realiti berbeza, individu mudah rasa hubungan kini baharu kurang memuaskan.

4) Cara putus dengan cinta pertama boleh bentuk corak hubungan seterusnya

Bukan hanya saat bercinta, cara seseorang mengakhiri cinta pertama juga memberi kesan besar. 

Jika perpisahan ditangani dengan matang, individu lebih bersedia mengendalikan konflik dalam hubungan baharu. 

Sebaliknya, jika ia berakhir dengan drama dan dendam, corak yang sama sering berulang.

5) Jadi penjejak emosi dan pembentukan identiti diri

Cinta pertama boleh membentuk bagaimana seseorang melihat nilai dirinya dan kemampuan untuk mempercayai orang lain. 

Jika pengalaman awal positif, ia meningkatkan keyakinan dan membuka ruang untuk hubungan sihat. 

Namun, pengalaman yang menyakitkan boleh menjejaskan kesejahteraan mental serta menghalang seseorang daripada komitmen baharu. 

Kajian Seo Jung Shin et al, Emerging Love mendapati banyak individu mengaitkan identiti emosi dan keperluan hubungan mereka kepada pengalaman awal bercinta. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram