Sakit Caesarean masih perit lepas 16 jam bertarung nyawa, keluarga mentua sibuk nak pastikan bayi ada nama Nik sebab 'claim' ada keturunan raja


  • Bonda
  • Rabu, 01 Okt 2025

Seorang wanita sedih apabila keluarga terdekat sama sekali tidak bertanya khabar tetapi malah sibuk soal nama anak.

BERTARUNG nyawa selama 16 jam menahan sakit kontraksi sebelum terpaksa menjalani pembedahan caesarean bukanlah pengalaman mudah.

Namun bagi pengguna Threads, Shelikerain, kepedihan fizikal itu ditambah pula dengan luka emosi apabila keluarga terdekat sama sekali tidak bertanya khabar, sebaliknya hanya muncul untuk menuntut nama keturunan.

“Sepanjang di hospital, tidak ada seorang pun yang bertanya keadaan saya. Hanya suami yang setia menemani, melawat dan menghiburkan. Tetapi sebaik sahaja anak dilahirkan, saya menerima mesej berbunyi, ‘Jangan lupa letak nama Nik, kami keturunan raja’,” katanya.

BACA LAGI: Menanti kelahiran anak ketiga, Aaron Kwok sanggup ambil cuti sebulan, belanja lebih RM1 juta mewahkan isteri selepas bersalin

BACA LAGI: Belum kering air mata, ibu mentua minta tinggalkan rumah, inilah 5 realiti kesengsaraan isteri selepas kematian suami

Dalam keadaan diri yang masih lemah, Shelikerain beranggapan mesej sebegitu benar-benar mengundang kecederaan emosi bagi dirinya. 

"Saya sebenarnya tidak kisah untuk meletakkan Nik kerana suami saya juga mempunyai nama Nik. Namun, cara mesej itu dihantar, penuh dengan nada angkuh.

"Saya yang bertarung nyawa, tetapi nama anak pula dijadikan isu. Sedangkan khabar tentang keadaan saya tidak pernah ditanya,” luahnya.

Menyedari keadaan isterinya, si suami tampil menenangkan. Katanya, soal keturunan tidak membawa sebarang makna di akhirat dan beliau memberi kebebasan kepada isterinya memilih nama anak mereka.

“Suami saya kata, letaklah nama yang saya suka. Akhirnya saya memilih Muhammad sebagai nama anak kami,” katanya. 

Luahan itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata memuji sikap matang si suami serta mengecam keluarga terdekat kerana lebih mengutamakan status keturunan berbanding mengambil berat keadaan wanita yang baru melahirkan.

Common sense sekarang cukup mahal. Alhamdulillah awak ada suami yang memahami. Abaikan saja keluarga suami awak. Orang bongkak sahaja sibuk suruh letak Nik sebab konon keturunan raja. Paling tidak pun, tanyalah khabar dulu," kata Aischi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram