
PAKAR motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad beranggapan bahawa sikap cepat sentap boleh menjadi antara punca kebahagiaan rumah tangga semakin pudar.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berkata individu yang mudah tersinggung atau cepat menjauh ketika berdepan konflik sering kali sukar menikmati hubungan harmoni bersama pasangan.
“Siapa sini cepat sentap? Cepat sentap, cepat menjauh, cepat menangis. Betul tak, yang cepat sentap ini selalunya tak bahagia dalam rumah tangga,” katanya.
BACA LAGI: Nenek sempoi 'join' anak main 'skateboard', tak kekok pamer gaya bebas
BACA LAGI: Katil berasingan boleh meretakkan rumah tangga, 5 sebab suami isteri wajib tidur bersama
Menurut Dr Muhaya, apabila seseorang mudah triggered, itu sebenarnya petanda tubuh sedang memberi isyarat tentang emosi yang tersimpan lama.
Beliau menasihatkan agar setiap individu menenangkan diri dengan berzikir dan menarik nafas secara perlahan bagi membantu mengimbangi emosi dan menstabilkan hormon dalam badan.
“Tarik nafas, lepas. Sebut Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar. Awak tahu apa hormon yang keluar? Hormon oksitosin,” ujarnya.
Tambah beliau, oksitosin atau hormon cinta berperanan penting dalam membentuk ikatan kasih sayang dan meningkatkan rasa percaya antara pasangan.
Hormon ini juga membantu mengurangkan tekanan dan mewujudkan suasana emosi yang positif dalam hubungan.
Dalam hantaran lain, Dr Muhaya turut menyentuh punca hubungan suami isteri menjadi dingin dan kurang mesra.
“Kadang pasangan marah-marah bukan sebab benci, tapi sebab kita rindukan adanya sambungan jiwa dengan pasangan,” katanya.
Beliau menekankan pentingnya memahami emosi dan menjaga sambungan jiwa antara pasangan bagi memupuk semula kehangatan dalam rumah tangga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram