KERAJAAN mengumumkan sebuah Muzium Tekstil bakal dibuka di Merdeka 118 pada tahun 2026 sebagai usaha mengetengahkan keindahan dan warisan tekstil dunia Melayu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan muzium itu adalah sebahagian daripada inisiatif Usaha Warisan KL yang turut memberi tumpuan kepada kerja pemuliharaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Kompleks Dayabumi.
"Pembangunan Merdeka 118 oleh PNB akan dilengkapi dengan pembukaan Muzium Tekstil pada tahun depan sebagai usaha mengetengahkan tekstil dunia Melayu selain memulihara Stadium Merdeka dan Stadium Negara," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...
