Sempat mesej ibu kata ada kerja di Perlis, pekerja insurans hilang 2 hari maut dibunuh, disumbat dalam bagasi di Ampang Jajar


  • Kes
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Daniel (gambar kecil) dipercayai dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya disumbat dalam beg bagasi.

MISTERI kehilangan seorang lelaki sejak dua hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang dibuang di belakang Rumah Pangsa Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, Butterworth, Pulau Pinang.

Identiti mangsa sebagai Daniel Lee Boon Han, 31 tahun yangbekerja sebagai ejen insurans.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu selepas dia dikatakan keluar ke Perlis atas urusan kerja dan tidak dapat dihubungi.

BACA LAGI: Mayat lelaki disumbat dalam bagasi ditemui di belakang flat Ampang Jajar

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita mengamuk campak kerusi, ada baiknya jangan datang 'event' kereta, bimbang anak autisme kurang selesa

Memetik laporan China Press, Daniel dikatakan sempat menghubungi ibunya memaklumkan dia akan ke Perlis dan mungkin pulang lewat.

"Kali terakhir mangsa berhubung sekitar pukul 1 pagi pada Selasa (7 Oktober), di mana dia dilaporkan menghantar mesej kepada ibunya mengatakan dia akan ke Perlis untuk urusan kerja dan mungkin pulang lewat atau keesokan hari," katanya.

Berikutan itu, bapa mangsa yang berusia 69 tahun dan bekerja sebagai peniaga tampil membuat laporan polis dan mengesahkan identiti anaknya menerusi pengecaman mayat.

Pada Khamis, penduduk di flat Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah beg bagasi.

Mayat itu ditemui dalam keadaan lehernya dikelar dan tangan diikat manakala kepalanya diserkup menggunakan plastik sebelum disumbat dalam beg berkenaan.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram