
TINDAKAN pelakon, Datin Intan Najuwa membawa pembantu peribadi menaiki penerbangan kelas perniagaan ketika bercuti ke London bersama keluarga mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Langkah itu diambil atas dasar keprihatinannya sebagai seorang ibu yang mahu memastikan anak sulungnya, Imane Lunara sentiasa berada dalam keadaan selesa dan terurus sepanjang penerbangan.
Menerusi hantaran di Instagram, Intan berkongsi beberapa keping gambar saat menikmati perjalanan itu.
"Lunara’s first long-haul flight," tulisnya ringkas di kapsyen.
BACA LAGI: Seorang wanita Indonesia, 3 lelaki Nigeria dalang 'love scam' di Melaka, salah guna pas pelajar
Dalam gambar tersebut, pembantu peribadinya kelihatan mendukung Lunara di dalam pesawat dan menyuapkan makanan kepada si kecil itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kemurahan hati Intan yang tidak berkira terhadap pembantunya.
"Wah… untungnya jadi pembantu Intan, boleh naik first class. Bagus gila Intan, tiket first class mahal kot tetapi dia boleh belikan. Harap-harap pembantu jaga elok-elok. Mana nak dapat majikan macam ini," kata Suri.
"Ada jawatan kosong tak sebagai bibik? Saya boleh jaga bayi," kata Eva Adenan.
"Ada kerja kosong bibik lunara x? soal Ecar Zul.
Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Imane Lunara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram