
BAYANGKAN bangun pagi, bukannya menghirup secawan kopi, tapi menabur biji chia atas meja makan dan tiba-tiba, sarapan anda menjadi hidangan hijau yang hidup!
Itulah dunia pempengaruh tanaman, @growithjessie, seorang pencinta alam dari Toronto, Amerika Syarikat yang tak pernah kering dengan idea kreatifnya.
Baru-baru ini, Jessie atau lebih dikenali sebagai Growithjessie berkongsi perkembangan projek biji chia yang mengubah meja makan biasa menjadi taman mini dan pelapik dapur penuh unik.
BACA LAGI: Songket benang emas hiasi dinding, sudut kediaman moden, angkat nilai estetika tekstil warisan
Bukan sekadar untuk bergaya, ia adalah cabaran untuk kita berfikir kenapa tidak mengabungkan tanaman dengan kehidupan harian?
Dari meja makan bertukar jadi "chia pet" gergasi, perkongsian itu telah menarik 86,000 tontonan.
Growithjessie yang terkenal dengan kandungan tentang tanaman, haiwan, sains dan kelestarian sentiasa mempunyai idea yang unik tapi penuh makna.
Beberapa minggu lalu, dia memulakan projek itu dengan menabur biji chia atas meja makan kayu biasa.
"Saya tutup meja makan malam saya dengan biji chia dan makan sarapan terbaik yang pernah saya rasa," kongsinya dalam video, sambil mempamerkan hijau-hijau yang sudah bertunas tebal.
Bukan main-main, meja itu jadi macam taman perahu kecil lengkap dengan 'fairy garden' mini yang comel, yang mana biji chia tumbuh jadi rumput hijau lebat, siap untuk dipotong sebagai hiasan.
Tapi, macam mana-mana pun projek kreatif pasti ada cabarannya tersendiri.
Jessie mengaku, "Selain kena siram air seperti enam kali sehari dan tak ada tempat nak makan selama seminggu dua, tak apa lah. Dengar, ia berbaloi."
Bayangkan meja makan kesayangan jadi taman sementara, memaksa anda makan di lantai atau kaunter dapur.
Hasilnya? Satu pengalaman yang buat dia gembira dan peminatnya pun turut teruja, dengan 107 reaksi positif dalam masa singkat.
Kemudian, tiba saat tegang yang mana masa untuk menuai.
Dengan hati berdebar, Jessie mula mengeluarkan chia yang sudah tumbuh lebat dari permukaan meja.
"Ini bahagian yang buat saya gementar sebab saya tak pasti kalau meja saya akan okay atau tidak.
"Saya pun tak tahu kalau kena beli meja baru,” katanya sambil tunjuk proses perlahan-lahan mengangkat tumbuhan-tumbuhan itu.
Selepas membersihkan dengan teliti menggunakan alat pembersih, keajaiban berlaku kerana meja kayu itu masih elok, tak ada calar!
"Akhirnya, meja itu sebenarnya sempurna dan ia buat saya tertanya-tanya apa lagi yang boleh saya buat dengan meja ini," tambahnya, penuh inspirasi.
Projek itu tidak berhenti di meja sahaja kerana Growithjessie kembangkan idea ke perkakas dapur lain.
Apa yang buat @growithjessie istimewa? Dia bukan sekadar tunjuk tanaman cantik, tapi ajak kita fikir tentang kelestarian.
Biji chia, dari tanaman Salvia hispanica yang dulu digemari kaum Aztec, mudah ditanam tanpa tanah cukup air dan cahaya.
Projek macam itu mengurangkan pembaziran makanan (tak buang chia sisa), tambah oksigen di rumah dan jadikan dapur ruang hijau yang seronok. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram