'Saya tak ada pembantu, semua sendiri', Ning Baizura cekal jaga ibu hidap demensia walau bergelar artis popular


  • Bonda
  • Rabu, 08 Okt 2025

Ning Baizura cekal menjaga ibunya yang menghidap demensia walaupun sibuk dengan kerjaya seninya.

DALAM dunia glamor artis, ramai yang menganggap kehidupan bergelar selebriti serba mewah dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pembantu rumah, kediaman besar dan pengawal peribadi.

Namun, hakikatnya tidak semua artis tanah air hidup dalam kemewahan seperti yang disangka.

Sebaliknya, ramai antara mereka masih menjalani rutin harian sama seperti orang biasa yang menguruskan rumah tangga, menjaga anak, malah ada yang memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sakit.

BACA LAGI: Gagal lunas nafkah, Nurin Alisa dakwa bekas suami enggan jaga anak, dibiarkan tidur luar rumah

BACA LAGI: 'Bila tengok mereka kena tangkap, torture, saya tak kuat', Elfira Loy pernah berhasrat 'join' Sumud Flotilla, kagum semangat sukarelawan

Itulah realiti dikongsikan oleh penyanyi popular, Ning Baizura yang mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai pembantu rumah dan menguruskan sendiri segala urusan keluarga serta kerjaya seninya.

 

 

Menerusi satu komen tular di media sosial baru-baru ini, pelantun suara Awan Yang Terpilu itu berkata, kehidupannya tidak jauh beza daripada orang lain meskipun bergelar artis tersohor tanah air.

Beliau kini menjaga ibunya yang menghidap demensia, dalam masa sama menguruskan anak lelakinya serta tanggungjawab sebagai isteri dan penghibur negara.

"Terima kasih ya, saya tak ada pembantu, saya la yang menjaga mak yang menghidap demensia, anak 13 tahun, rumah tangga semua la.

"Ini normal bagi saya yang penting, kita pun manusia biasa, kakak, anak, isteri, mak dan penghibur, all in one.

"Alhamdulillah ALLAH bagi rintangan, dugaan serta kebahagiaan dan mental fizikal untuk mengharungi dunia seni serta duniawi, saya redha, Alhamdulillah," ujarnya di laman Threads.

 

 

 

 

Terdahulu, ibunya, Satilah Abdullah, 80, difahamkan menghidap demensia selepas ingatannya kian merosot kira-kira 30 peratus dan mengalami perubahan sikap sejak beberapa tahun lalu.

Demensia adalah penyakit berkaitan penyusutan kebolehan kognitif, memori dan membuat keputusan dengan gejalanya mengganggu aktiviti harian.

Hasil daripada keputusan pengimejan resonan magnet (MRI) sebanyak empat kali, ibunya disahkan mengalami masalah itu sejak 2023.

Meskipun sibuk dengan jadual seni dan komitmen keluarga, penyanyi berusia 50 tahun itu masih setia menjaga ibunya yang sakit dalam masa sama mampu mengimbangi tuntutan kerjaya, keluarga dengan penuh kesyukuran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram