
PENAMPILAN terbaharu isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah ketika hadir pada majlis Premier Lecture of the Knowledge Convention 2025 mencuri perhatian warga maya baru-baru ini.
Beberapa keping foto yang tular di media sosial, Anisha tampak anggun dan manis dalam persalinan busana rona biru gelap.
BACA LAGI: Nenek sempoi 'join' anak main 'skateboard', tak kekok pamer gaya bebas
Dalam perkongsian di media sosial itu juga warga maya khususnya dari Malaysia dan Brunei yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan diraja tersebut bukan sahaja memuji penampilannya yang tampak berseri-seri, malah turut menitipkan doa.
“Gembira tengok our princess, Anisha. Nampak makin berseri. Love untuk Princess Anisha," tulis Siti Nor.
"Allahumma Barik", tulis Dina_ledyana
Sementara itu, pemilik akaun Luigie623 pula menyatakan, "Stay always humble n compasionate."
Untuk rekod, Putera Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dalam sebuah istiadat diraja penuh adat pada 11 Januari 2024 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Majlis itu menjadi sorotan dunia apabila berlangsung meriah selama 10 hari dengan himpunan tetamu kenamaan dari dalam dan luar negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram