Selamat bersalin anak kedua pada usia 58 tahun, inspirasi buat wanita sudah berumur jangan putus harap!


  • Bonda
  • Jumaat, 03 Okt 2025

Lilian selamat melahirkan anak keduanya pada usia 58 tahun. — Gambar/Agensi

KISAH seorang wanita berusia 58 tahun yang selamat melahirkan anak keduanya baru-baru ini menarik perhatian ramai, sekali gus memberi inspirasi kepada pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat pada usia lanjut.

Lilian Chan Lai-lai yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Brian Wong Chak-fung menimang cahaya mata perempuan pada 22 Ogos lalu selepas melalui rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di Taiwan.

Proses kehamilan itu turut dibantu dengan suntikan berkala bagi memastikan kandungan kekal sihat.

BACA LAGI: Cinta berputik sejak remaja, suami isteri pencipta Barbie dan Hot Wheels ubah dunia permainan kanak-kanak

BACA LAGI: Nenek sempoi 'join' anak main 'skateboard', tak kekok pamer gaya bebas

Bagi Chan, yang juga jurulatih separuh masa Muay Thai untuk kanak-kanak, kejayaan kehamilannya bukanlah perjalanan mudah.

Namun, beliau menzahirkan rasa syukur kerana peranan perubatan moden membolehkan impiannya bergelar ibu sekali lagi menjadi kenyataan.

“Kami sudah lama mengimpikan keluarga empat orang. Kini impian itu tercapai, saya sangat gembira kerana keluarga saya akhirnya lengkap,” kata Wong dalam perkongsian media sosial.

Dalam satu video yang dimuat naik baru-baru ini, Wong kelihatan memotong tali pusat bayi mereka sebelum memperkenalkan puteri kecil itu kepada anak sulung mereka yang kini berusia enam tahun.

Momen tersebut menjadi tular sehingga ramai warga maya mengucapkan tahniah.

You are amazing! Bukti hidup bahawa melahirkan anak pada usia lanjut bukan satu masalah,” tulis seorang pengguna media sosial.

Chan sebelum ini melahirkan anak sulung pada usia 53 tahun.

Bagi pasangan ini, keberanian dan kesungguhan mereka membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mencapai impian bergelar ibu bapa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram