'Belajar berdikari lelaki itu belum jadi suami', wanita 2 tahun menganggur tak puas hati tunang gagal kumpul duit hantaran


  • Cinta
  • Sabtu, 04 Okt 2025

Seorang wanita meluahkan rasa bengang terhadap bakal suaminya kerana tidak mampu mengumpul wang hantaran, meskipun lelaki itu sudah menanggung dirinya yang menganggur selama dua tahun. — Gambar Hiasan

BIARPUN hampir keseluruhan kos majlis perkahwinan ditanggung oleh tunangnya, namun bagi wanita ini ia masih belum cukup.

Luahan wanita itu menerusi Threads yang dikatakan tidak puas hati kerana tunang beliau tidak menyediakan wang hantaran telah mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. 

Wanita tersebut mengaku memilih untuk tidak bekerja sepanjang dua tahun bertunang kerana masih menunggu pekerjaan yang sesuai dengan minatnya. 

"Saya menganggur kerana tak dapat jumpa kerja yang disukai," katanya. 

BACA LAGI: Selamat bersalin anak kedua pada usia 58 tahun, inspirasi buat wanita sudah berumur jangan putus harap!

BACA LAGI: [VIDEO] Penampilan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah dalam persalinan busana serba biru tarik perhatian, anggun dan manis

Sehubungan itu, dalam tempoh itu, tunangnya menanggung semua kos termasuk sewaan dewan, makanan dan pakej perkahwinan. 

Namun, beliau tetap bertegas menyifatkan lelaki tersebut yang gagal menyediakan wang hantaran perkara amat mengecewakannya.

“Kenapa tak beritahu awal-awal yang dia tak mampu kumpul duit hantaran? Saya rasa marah, adakah perasaan ini valid,” soalnya.

Luahan itu mengundang kemarahan ramai yang menganggap wanita berkenaan tidak bersyukur dan gagal menghargai pengorbanan pasangannya.

Seorang pengguna, Nj.Kml mengecam keras sikap wanita itu yang disifatkan tidak bertimbang rasa.

“Sudahlah tak kerja, ada hati nak rasa marah. Please sedar diri," katanya. 

Lebih mengejutkan, seorang individu dipercayai kakak kepada lelaki berkenaan, Hadila Hashim tampil dengan komen terbuka seolah-olah mengesahkan rungutan sama diluahkan adiknya.

“Awak ke bakal adik ipar saya saya ya? Sebab inilah perkara yang adik lelaki saya selalu rungutkan," katanya. 

Wanita lain, Aimi yang menggesa Hadila menyiasat lebih mendalam.

“Tolong siasat betul-betul. Kalau benar ini orangnya, adik awak langsung tak layak bersama orang yang tak tahu bersyukur," katanya. 

Selain isu hantaran, tindakan wanita itu memilih untuk menganggur selama dua tahun turut dipersoalkan.

Ara Auni berpesan agar wanita itu belajar berdikari terlebih dahulu tanpa mengharap kepada orang lain terutama terhadap lelaki yang belum bergelar suami. 

“Dua tahun menganggur hanya sebab bukan kerja yang awak minat? Walaupun awak perempuan, lelaki itu belum suami awak. 

"Belajarlah berdikari, jangan harap orang lain 'hidupkan' awak. Awak beruntung dapat tunang sanggup bayar semuanya, tetapi masih tak bersyukur.”

Nada sama dikongsi oleh Wan Nazima yang berkongsi pengalaman peribadi. 

Walaupun wanita , Wan Nazima berkata, beliau sanggup melakukan pelbagai pekerjaan tambahan, bukannya menunggu peluang kerja yang benar-benar diminati.

“Saya dulu nak kahwin, sampai buat dua tiga kerja. Awak pula ada hati nak tunggu kerja yang suka baru boleh kerja," katanya. 

Bagi Normi Kahar, isu hantaran sepatutnya tidak timbul kerana dalam budaya perkahwinan, kos majlis adalah tanggungjawab keluarga pengantin perempuan.

“Saya ada anak perempuan berusia 8 tahun. Sejak bayi lagi, saya sudah mula menyimpan untuk kolej dan kenduri dia. Itu tanggungjawab ibu bapa sebelum anak diserahkan kepada suami. Bukannya minta orang luar bayar semua," katanya. 

Syiqin Dzulkefly pula menegaskan kemarahan wanita itu tidak wajar kerana beliau sendiri tidak menyumbang dalam persiapan majlis.

“Tak valid langsung. Awak pun tak ada sumbangan apa-apa dengan alasan belum jumpa kerja yang awak suka. Ramai saja kerja bukan dalam bidang mereka suka. Tunang awak sudah banyak berkorban, hantaran pula tidak wajib. 

"Belajarlah bersyukur, takut lepas kahwin apa saja dia beri tetap awak rasa tak cukup," katanya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram