[VIDEO] 'Masalahnya fasih bebenor', lelaki warga Jepun lancar berbahasa Malaysia, rupanya isteri berasal dari Ipoh


  • Cinta
  • Ahad, 17 Ogos 2025

Seorang lelaki Jepun fasih berbahasa Melayu selepas memilih untuk berkahwin dengan wanita dari Ipoh, Perak.

BAYANGKAN sedang bercakap dalam Bahasa Malaysia di lapangan terbang luar negara, secara tiba-tiba seorang warga asing memahami setiap kata-kata anda.

Itulah pengalaman dilalui seorang usahawan, Haris Ghazali sewaktu berada di Lapangan Terbang Fukuoka, Jepun. 

Menurut Haris, ketika beliau dan isteri sedang berbual santai, seorang lelaki Jepun datang menghampiri dan memahami perbualan mereka. 

BACA LAGI: 'Saya tak nak abang jadi macam kakak tu', adik kecil rayu cikgu wanita carikan abangnya asrama bebas buli

BACA LAGI: [VIDEO] Putera Mateen rai ulang tahun ke-34 bersama Anisha Rosnah, kali kedua sambut sebagai suami

@harismohdghazali

Jarang-jarang boleh jumpa Japanese power cakap melayu ni. Tapi sebab dia kahwin dengan Malaysian. Sebab tu fluent. So nak fluent Japanese kena kahwin dengan…..

original sound - Haris Ghazali

Lelaki Jepun itu berkongsi bahawa beliau fasih dan memahami bahasa Malaysia kerana isterinya berasal dari Ipoh, Perak.

"Yela, takkan tak faham isteri saya orang Ipoh," katanya dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan kefasihan lelaki itu bertutur dalam bahasa Malaysia. 

“Masalahnya fasih bebenor. Kalau dengar suara je, ingat orang kita," kata Wandering Nour

“Orang asing duduk Malaysia tak sampai tiga hingga empat bulan sahaja terus boleh cakap Melayu, kita lahir kat Malaysia pun ada yang tak reti," kata Siti Azwansyahzrin

“Ada yang lahir dekat Malaysia pun tak fasih Melayu macam dia," kata IzmaRusli

“Rasa bangga bila travel negara orang, jumpa mereka yang pandai berbahasa Malaysia," tulis AmbangWati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram