
AKSI spontan anak pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura, Nur Fatima Aisya mencuri perhatian warga maya apabila petah bertutur dalam bahasa Indonesia meskipun baru berusia lima tahun.
Momen tersebut dikongsikan Fazura menerusi siaran langsung di Instagram yang memaparkan beliau berinteraksi dengan Fatima dalam bahasa seberang.
Ketika diusik ibunya dengan pertanyaan, "Kok belum makan kamu,” Fatima dengan pantas menjawab, “Ngak lapar.”
Fazura kemudian bertanya lagi, “Beneran?” sebelum dijawab yakin oleh Fatima, “Iya dong, beneran ngak lapar.”
BACA LAGI: [VIDEO] Putera Mateen rai ulang tahun ke-34 bersama Anisha Rosnah, kali kedua sambut sebagai suami
Kepetahan itu nyata mengundang kekaguman ramai yang membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap kecerdikan anak kecil berkenaan.
Fazura turut menjelaskan bahawa anaknya itu sama sekali belum pernah menjejakkan kaki ke Indoneisa.
“Fatima pintar sangat, cara bercakap pun macam anak Indonesia. Budak sekarang memang bijak,” kata Chintya Airis.
"Wah Fatima bolehjadi pelakon di Indonesia,' tulis Ribbonz.
"Budak bijak ni," kata Cik Fat.
Fatima bukan kali pertama menarik perhatian umum. Sejak kecil, keletah dan perwatakannya sering menjadi sorotan, malah ramai menyifatkan dia memiliki daya penarik tersendiri sebagai anak selebriti.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram