
SUAMI kepada pelakon dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi menanti dengan penuh debaran kepulangan isterinya bagi mendengar pengalaman sebenar sepanjang misi bantuan kemanusiaan demi negara 'tembikai' itu.
"Tak sabar nak tunggu Ardell balik. Ceritakan bagaimana mereka menyelinap ketika serangan dan hampir sampai ke pantai G. Dasyat Mikeno ni. Nanti balik, cerita semua pada kami," kata Nadzmi dalam hantaran di media sosial mengenai ketabahan dan jiwa kental isterinya.
Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin bukan sahaja terkenal dalam bidang lakonan, tetapi juga sebagai sukarelawan kemanusiaan di negara-negara bergolak.
BACA LAGI: Nenek sempoi 'join' anak main 'skateboard', tak kekok pamer gaya bebas
Ibu kepada dua cahaya mata yang pernah menghidap kanser tahap 3 pada 2018 itu, kini selepas sembuh beliau menggunakan peluang kedua hidupnya membantu mereka yang memerlukan.
Perkembangan terkini Ardell sedang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) bersama kapal layar Mikeno, yang membawa sukarelawan dari Malaysia, Brazil, Turki, Belanda, Norway, Amerika Syarikat, dan Sepanyol.
Sistem penjejak kapal menunjukkan lokasi mereka berada di perairan Gaza, namun pergerakannya tidak menepati laluan biasa.
Ardell merupakan antara 23 aktivis Malaysia yang ditahan semasa menyempurnakan misi kemanusiaan tersebut.
Bagaimanapun, Kementerian Luar menegaskan semua aktivis berada dalam keadaan selamat dan sihat, dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Selain itu, lima peguam Malaysia kini berada di Amman, Jordan, bagi memastikan delegasi negara yang terlibat mendapat perlindungan yang adil dan telus.
Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell disatukan pada 1 September 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arwa Malaikha Urwa dan Arwa Uthman Affan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram