Pramugari MAS kongsi pengalaman 'shoot' video keselamatan baharu, berlatarbelakangkan panorama pergunungan Sabah


  • Maya
  • Khamis, 02 Okt 2025

Eva yang lengkap dalam uniform MAS itu mengakui teruja menjadi sebahagian daripada individu yang menjayakan video keselamatan berkenaan. — Instagram/@_evanatasya

VIDEO keselamatan terbaharu pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) Berjaya memikat hati rakyat Malaysia selepas mempamerkan kekayaan budaya di Malaysia.

Antara babak yang menjadi tumpuan adalah penggambaran berlatarbelakangkan pergunungan Sabah yang memaparkan keindahan semula jadi negara.

Detik penggambaran adegan yang dirakam di sebuah hotel sekitar Kundasang itu dikongsikan oleh salah seorang pramugari syarikat penerbangan berkenaan, Eva Natasya menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA LAGI: Elyana terus cekal jalani kemoterapi, cinta suami, kasih sayang anak-anak sumber kekuatan lawan kanser

BACA LAGI: Wanita mangsa 'grooming' guru sejak usia 16 tahun tak dibela, kecewa ketidakadilan undang-undang

 

Beliau menyatakan rasa bangga kerana berpeluang terlibat dalam projek yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

"Di sebalik tabir sesuatu yang akan sentiasa saya banggakan. Terima kasih Malaysia Airlines kerana memberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada video keselamatan ini," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Eva turut menegaskan bahawa kejayaan video itu adalah hasil kerjasama erat antara kru penerbangan dan pasukan produksi yang berusaha memastikan setiap babak mencerminkan identiti Malaysia.

"Saya tidak akan dapat melakukannya tanpa pasukan produksi yang luar biasa, sebuah video yang menakjubkan untuk mewakili Malaysia di seluruh dunia," tambahnya.

Dalam hantaran video yang dimuat naik itu juga memaparkan Eva lengkap memakai uniform pramugari MAS Airlines serta dua individu termasuk seorang kanak-kanak berpakaian tradisional suku kaum Kadazan Dusun yang turut terlibat dalam penggambaran itu.

Penghasilan video keselamatan kali ini dianggap unik kerana selain memberi peringatan tentang aspek keselamatan penerbangan, ia juga berperanan sebagai medium memperkenalkan budaya, seni dan lanskap negara kepada penumpang antarabangsa.

Langkah MAS itu disambut baik oleh rakyat Malaysia yang rata-rata melahirkan rasa bangga melihat warisan dan khazanah alam tanah air dipaparkan di ruang udara global. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram