
TINDAKAN pantas dan berani seorang wanita berjaya menggagalkan percubaan tiga individu untuk memecah masuk ke rumahnya di Amritsar, India pada Isnin lalu.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Rabu, wanita bernama Mandeep Kaur dilaporkan berada di rumah bersama dua orang anaknya ketika kejadian.
Dalam rakaman sama, Kaur dilihat cuba menutup pintu utama dengan pantas selepas ternampak kelibat tiga lelaki bertopeng memanjat pagar rumahnya.
BACA LAGI: Gadis OKU tak berganjak merintih, luah rindu di pusara, minta ibu bapa 'kembali'
A brave Indian woman, all alone, prevented three robbers from barging into her house.
She barricaded the door with a sofa, called for help, and successfully drove the intruders awaypic.twitter.com/RTwkKraCi1
— Times Algebra (@TimesAlgebraIND) October 1, 2025
Perompak berkenaan juga cuba melawan dan menolak pintu dengan kuat untuk masuk.
Kaur bagaimanapun tidak berputus asa dan mencuba sedaya upaya menahan pintu dengan badannya sebelum berjaya mengunci dan menghadangnya menggunakan sofa besar.
Lebih mencemaskan apabila Kaur menjerit meminta pertolongan daripada jirannya sepanjang kejadian berlaku.
Dua anaknya turut kelihatan ketakutan selepas menyaksikan aksi ibunya ketika itu.
Usaha Kaur akhirnya berjaya menghalang perompak berkenaan daripada memcah masuk ke dalam rumahnya.
"Anak-anak saya masih trauma, perompak perlu ditangkap dan dihukum," katanya.
Sementara itu, Pegawai Polis Wanita, AK Sohi memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian serta meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti suspek sebelum tindakan lanjut dilakukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram