'Hijab bukan sekadar kain', isteri Syukri Yahya buka mulut, tegur jenama kasut papar model berhijab tayang betis


  • Gaya
  • Rabu, 01 Okt 2025

Tya Adnan (kiri) memberi teguran secara terbuka terhadap isu pakaian model wanita berhijab kurang sopan dalam kempen jenama kasut terkenal.

KEMPEN terbaharu jenama kasut terkenal menjadi bualan ramai selepas menampilkan beberapa model wanita berhijab dengan pakaian yang tidak bersesuaian.

Menerusi beberapa video dimuat naik jenama tersebut di media sosial, model yang lengkap mengenakan hijab dilihat memakai kain dan seluar sehingga menampakkan betis.

Penampilan itu sekali gus menimbulkan perdebatan apabila rata-rata warga maya beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan imej wanita Muslimah kerana mengenakan hijab, tetapi pada masa sama mendedahkan aurat.

BACA LAGI: Gadis OKU tak berganjak merintih, luah rindu di pusara, minta ibu bapa 'kembali'

BACA LAGI: Pernah tidur atas sofa, jutawan terkenal AS masih basuh baju sendiri, obses dengan AI

 

 

Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon Syukri Yahya, Tya Adnan tampil menyuarakan pandangannya terhadap isu berkaitan.

Tya yang juga dikenali dengan gaya Muslimahnya turut memberi teguran sopan buat pihak pengurusan jenama terbabit.

Menurutnya, hijab dan konsep berpakaian sopan adalah perkara yang suci serta tidak wajar dijadikan sekadar bahan kempen pemasaran.

"Hijab bukan sekadar sehelai kain. Ia datang bersama tanggungjawab untuk menutup aurat dengan sempurna.

"Menampilkan model berhijab dengan skirt singkat yang hanya sedikit melepasi lutut bukanlah gambaran tepat seorang Muslimah.

"Jika anda benar-benar ingin meraikan kepelbagaian, lakukan dengan cara menghormati nilai agama, bukan yang meremehkannya," tegasnya.

Tambahnya, jenama besar sedemikian seharusnya lebih berhati-hati dalam menggambarkan wanita beragama Islam kerana memberi pengaruh besar terhadap masyarakat.

Teguran tersebut turut disokong ramai selain ada yang menggesa agar pihak terlibat lebih peka terhadap sensitiviti agama dalam setiap kempen mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram